“Hjat dh lma, sjak awl thun lgi” – Erra Fazira Buat 2 Kli Umrah Pda 10 Mlm Trakhir, Bkal Pulang Pda Rya Kdua

MasyaAllah, bertuahnya Erra Fazira dapat mengerjakan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan di Tanah Suci Mekah. Satu pengalaman yang pastinya menjadi impian seluruh umat Islam untuk mencari keberkatan dan mengejar malam Lailatul Qadar di sana.

Berkesempatan berkongsi suasana di Mekah bersama Nona secara live di Instagram, biduanita negara tersebut mend3dahkan dia sudah membuat perancangan untuk mengerjakan umrah pada awal tahun lagi. Namun April ini barulah hasrat Erra dimakbulkan.

Nona turut difahamkan, Erra berangkat ke Tanah Suci bersama empat orang yang lain termasuk rakan karibnya, Betty Banafe.

Credit Instagram @errafazira
Credit Instagram @errafazira
Credit Instagram @errafazira

Ujar Erra, “Hajat dah lama, sejak awal tahun sebab dah dua tahun kita tak dapat pergi kerana pand3mik. Ikutkan nak pergi Februari, cuaca pun bagus tapi tak kesampaian. Allah tak bagi lagi.

Bila fikir-fikir, why not bulan Ramadan. Hujung dan terakhir Ramadan. Sebenarnya sampai saat terakhir pun saya masih 50-50 sebab kos pun very expensive di hujung Ramadan.

Jadi kami cari yang terbaik. Saat akhir nak berangkat ke Mekah pun tak berani cakap dengan orang sebab takut apa-apa aral melintang kan. Alhamdulillah dapat juga. Tambahan pula, Betty dan aunty saya setuju dan kami pun pergilah berempat.”

Mengulas suasana di Masjidil Haram pada malam-malam kemuncak Ramadan, Erra bersyukur kerana segala urusan ibadahnya berjalan lancar. “Semuanya dipermudah dan kami berjaya buat 2 umrah. Tapi itulah, manusia di sini waktu ini ramai macam Haji juga.

Malam tadi saja dikhabarkan sampai 10 juta orang. Sampai kami tak dapat masuk. Kami kebetulan buka puasa di luar Masjidil Haram. Jadi kalau nak balik tu kena naik teksi. Tetapi teksi pun dah tak boleh masuk. Jadi kami terpaksa menapak dalam tunnel, jauh dia pun boleh tahan. Itulah dugaan kami di sini.”

Credit Instagram @errafazira
Credit Instagram @errafazira
Credit Instagram @errafazira
Credit Instagram @errafazira

Jelasnya, dia akan pulang ke tanah air pada Hari Raya kedua nanti. “Kami jangkakan hari ni bertolak ke Madinah. Memang target malam ke-27 di sini, inshaAllah malam ke-29 kita nak bersama Nabi Junjungan, Nabi Muhammad SAW. Dekat sini ada khatam Al-Quran tapi kita tak Khatam Al-Quran di Mekah. Sebaliknya kita nak khatam bersama Rasulullah.

Saya balik Malaysia 4 hari bulan nanti bersamaan raya kedua. Persiapan raya, bila kita tahu kita akan sambut raya di sini jadi rendang dan makanan memang dah standby. Di bilik tu dah macam raya dah. Ada serunding, ikan bilis. InshaAllah makanan hari raya dah siap dah.

Sebelum ini pun saya pernah juga raya di tanah suci. Di sini meriahnya waktu solat raya je. Lepas tu semuanya normal seperti biasa. Saya pula tak ada saudara-mara di sini cuma bila jumpa jemaah Malaysia waktu raya, kami akan bersalam-salaman. Inisiatif sendirilah baju raya bawa sendiri untuk rasa suasana raya tu. Culture raya di sini tak macam beraya di tanah air.”

Credit Instagram @errafazira
Credit Instagram @errafazira

Tambah Erra lagi, walau tak dapat beraya dengan anak tersayang Engku Aleesya pada Hari Raya pertama tapi jelitawan ini tetap sambut lebaran dengan Aleesya sebaik tiba di Malaysia kelak.

“Rindu sangat dengan anak tapi ini panggilan yang lebih penting lagi. Persiapan anak dah siap dan diatur. Lagi pun, dia ada bapa di rumah. Saya plan untuk beraya dengan dia pada raya kedua nanti. Dia pun nampaknya ok kot, dah besar pun 13 tahun dah.”

Dalam temu bual eksklusif dari Kota Mekah itu, Erra turut memberitahu dia mengalami kekejangan kaki ketika beribadah hingga terpaksa jalan terhincut-hincut. Namun segalanya dipermudahkan dan beransur baik. Selain bergelar pelakon dan penyanyi, Erra juga kini aktif mengusahakan jenama hijabnya iaitu Heyrra.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Nona

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.