“Ibu Nak Men4ngis Tapi…” – Siti Nurhaliza Tahan Seb4k, Aafiyah Mula Masuk Prasekolah Hari Ini

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi tentang momen istimewa anaknya, Siti Aafiyah yang mula memasuki prasekolah hari ini.

Aafiyah Bersemangat

Perkara itu dikongsi penyanyi nombor satu negara itu menerusi sebuah entri di Instagram yang turut disertakan dengan foto beliau bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) dan Aafiyah di sekolahnya.

Menurut Siti, Aafiyah bangun awal dan bersemangat untuk hari pertama persekolahannya itu.

“Alhamdullillah, Hari ini first day Aafiyah masuk preschool. Malam semalam Aafiyah tidur awal , bangun tadi ayah kejutkan dia, kata nak masuk sekolah dia tak cranky pun.

“Bersiap cantik dan siap pose lagi depan ayah & ibu dengan baju sekolah. Semangat betul dia nak ke sekolah. Subhanallah, sampai sekolah depan pintu kelas, dia terus masuk tak tengok belakang dah. Ayah ibu yang panggil minta salam, ibu nak men4ngis tapi tah4nnnn je,” tulis Siti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Dalam pada itu, Siti juga berdoa agar Allah SWT mempermudahkan proses pembelajaran Aafiyah dan menjadikan anaknya itu seorang insan yang baik.

“Semoga Allah SWT pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama , dunia akhir4t dan h4mba yang memberi manfaat kepada insan lain. Aamin Ya Rabb.. (Terima kasih teacher Na bantu Aafiyah),” coretnya lagi.

Ramai Tumpang Gembira

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Siti meninggalkan respon positif dan tumpang gembira melihat Aafiyah mula memasuki alam persekolahan.

“Mesti lepas ni balik dari sekolah, hari-hari dia akan cerita tentang aktiviti sekolah,” tulis netizen.

“Sudah pintar ya, banyak kawan-kawan nanti di sekolah,” tulis penyanyi popular Indonesia, Hetty Koes Endang.

“Kejap je dah besar, pejam celik dah anak dara nanti,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

Imbas kembali, Siti dan Datuk K mendirikan rumah tangga pada tahun 2006. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini juga memiliki seorang lagi cahaya mata lelaki diberi nama Muhammad Afwa, yang merupakan adik kepada Aafiyah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Janakpurpress.com

Sumber:https://murai.my

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.