
Umum mengetahui bahawa cop parkir dengan menggunakan kon, pasu bunga dan sebagainya di kawasan terbuka atau awam merupakan satu kesalahan.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @syaamil_ telah berkongsi beberapa keping gambar dan mengeluh apabila ada segelintir orang yang masih mementingkan diri cop parkir kereta dengan meletakkan kon.
Bila hang budget ppr tapi nafsu kondo end up jadi bodo pic.twitter.com/QIVwGGhxQM
— Tepung Pelita (@syaamil_) May 3, 2022
Menerusi perkongsiannya, segelintir penduduk di kawasan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dipercayai di Pantai Dalam bertindak untuk cop parkir walaupun parkir di kawasan tersebut mengamalkan sistem terbuka atau bahasa mudahnya ‘siapa cepat dia dapat’.
Malah, dia berasa kecewa dengan sikap dan mentaliti segelintir penduduk di kawasan rumah PPR tersebut kerana tempat letak kereta itu bukanlah dibayar individu yang cop parkir.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen turut meng3cam tindakan individu yang cop parkir sedangkan ia merupakan satu kesalahan.
Ada juga musibat dari rumah flat pindah kondo bawak perangai ppr dia tu. Sampah tak reti pack betul-betul. Dah ada chamber dengan tong pun buang atas lantai. Macam gampang. https://t.co/PwdB05A1a8
— akifzainal (@akifmedes) May 5, 2022
aku tak faham jenis letak kon cop parking open macam ni. sama la yang duduk rumah teres pun. terpaling reserve untuk dia macam tu tapak dia bayar monthly rm500😂 https://t.co/OcsyZR0FXO
— iss (@iskandarkhalid_) May 5, 2022
Dlu maaa dok subang, aku alih cone tu.. Esok pagi kete putih jd kuning.. Depa tabuq kunyi bancuh 😪 https://t.co/bO2pq4Gnvq
— wan (@azam_izamie) May 4, 2022
Ye bila org parking tmpt dia pastu mula cmpk minyak la sampah la calar la duduk bandar tapi mentaliti kolot https://t.co/Lq5wh62dOV
— fA10 (@fatynsha) May 4, 2022
Malah, ada juga netizen mengatakan hal seperti ini sering terjadi di kawasan PPR dan telah dianggap perkara biasa. Walaupun isu ini telah banyak kali di suarakan tetapi masih belum ada jalan penyelesaian.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi pernah mengalihkan kon cop parkir dan meletakkan kenderaan mereka tetapi kereta mereka menjadi m4ngsa ‘v4ndalisme’ seperti dic4larkan, diletakkan samp4h dan sebagainya. Isu ini mungkin dapat diselesaikan jika berlakunya campur tangan pihak berkuasa.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber:https://www.thevocket.com/
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.