“Its a baby bump!! ..”- Tayang ‘Baby Bump’, Isteri Haqiem Rusli Hɑmil?

Perkongsian foto percutian bulan madu oleh isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menarik perhatian ramai apabila didakwa sedang hamil.

Dalam foto tersebut, kelihatan Anis, 20, yang mengenakan pakaian serba putih bergambar bersama Haqiem di sebuah lokasi berlatarkan kawasan berbatu semasa bulan madu di Turki.

“Kita sayang awak!” tulis Anis pada kapsyen gambar tersebut.

Namun, apa yang menarik perhatian apabila jelas kelihatan bentuk perutnya sedikit buncit seolah-olah sedang dalam fasa awal kehamilan.

Bentuk ‘baby bump’ pada perut wanita itu membuatkan perkongsian tersebut dibanjiri dengan komen berupa ucapan tahniah seandainya benar sedang hamil anak sulung.

“Bukan buncit. Tak padan langsung kalau orang lawa seperti Anis dikatakan buncit. Alhamdulillah, tahniah,” komen seorang netizen.

“Kalau betul hamil alhamdulillah. Tapi kalau buncit, Fea (panggilannya) kena pakai bengkung. Kalau tidak sentiasalah dapat komen pasal ‘baby bump’,” kata seorang lagi pengikutnya.

“Tahniah. Dah nampak bentuk ‘baby bump’,” ujar seorang pengguna Instagram teruja.

Sekitar Mac lalu, Haqiem menafikan bahawa dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas timbul dakwaan mengatakan isterinya kini sedang berbadan dua.

Pemilik nama lengkap Ridzuan Haqiem Ruslim 24, itu memberitahu dirinya masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata memandangkan usianya dan Anis masih muda.

Bagaimanapun, pelantun lagu Mimpi itu memohon doa semua supaya dapat menimang anak pertama suatu hari nanti.

Haqiem dan Anis selamat bergelar suami isteri di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: KOSMO! ONLINE

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.