“Its baby bump!!!..”- Penampilan Terkini Elizabeth Buat Netizen Tertipu ‘Baby Bump’ ke ‘Foo Bump’

RAMAI yang teruja termasuklah Diva sendiri apabila penyanyi dan juga pelakon cantik Elizabeth Tan berkongsi bentuk perutnya yang sedikit buncit dalam sebuah video Instagram.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy dengan yakin menunjukkan bentuk perutnya yang buncit dan ada ‘baby bump’ seolah-olah sedang hamil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Ramai yang teruja dan gembira jika betul Lizzy disahkan hamil selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Tetapi, Lizzy sekadar bergurau dan memaklumkan perutnya membuncit kerana terlebih makan ketika hari raya.

“Bila makan kuih raya banyak sangat,” kata Lizzy.

Rata-rata peminat agak kecewa, namun pada masa sama terhibur dengan usikan selebriti kesayangan mereka itu.

Malah, ada berseloroh apabila memberitahu dalam perut Lizzy bukannya terdapat bayi, tetapi bahan kumuhan yang perlu dibuang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

“Lizzy tidak pernah tak lawak,” kata seorang peminatnya.

“Baru nak ucap tahniah, tapi tak jadilah,” kata seorang lagi peminatnya.

DIVA: Tahniah untuk pasangan pelakon Halim Radzi dan Sharifah Husna kerana dikhabarkan bakal melangsungkan majlis pernikahan tidak lama lagi.

Sumber: kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.