“Jodoh, Ajɑl, Mɑut, Ini Semua Kerja Tuhan” – Noor Nabila

Gara-gara jarang berkongsi foto bersama suami di media sosial, netizen mend4kwa rumah tangga Noor Nabila dikatakan bermas4lah.

Men4fikan dakwaan tersebut, Nabila berkata dia lebih selesa mengekalkan kehidupan peribadinya bersama suami, Engku Emran secara privasi serta mahu lebih berhati-hati.

“Suami saya seorang yang jarang berkongsi perihal peribadi di media sosial, secara tidak langsung saya pun jadi terikut dengan sikapnya itu.

“Bila anda dapat suami yang suka berkongsi, anda juga akan jadi sama naik. Saya dan dia sama. Kita pun dah melalui perkahwinan ketiga jadi kita lebih berhati-hati sikitlah.

“Namun, itu tidak bermakna ret4k atau apa. Kita percaya sahajalah seperti orang kata jodoh, aj4l, m4ut ini semuanya kerja Tuhan.

“Begitu juga dengan perkahwinan. Selagi ada jodoh saya dengan suami, selagi itulah. Tak payahlah orang nak cuba teka atau membuat andaian,” katanya.

Kehidupannya sering menjadi perhatian netizen, Nabila menganggap ianya lumrah sebagai keluarga selebriti, termasuk juga anaknya yang turut mempunyai peminat.

“Saya tidak dapat lari daripada tempias kerana adik saya Neelofa, bek4s suami saya, Sharnaaz Ahmad adalah artis. Begitu juga anak saya yang ada peminat tersendiri.

“Apa pun, saya hormat dengan pihak yang berminat untuk tahu. Namun, jika saya pilih untuk tidak berkongsi mungkin mereka pun kena hormat sekalilah kan,” katanya.

Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu. Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berc3rai secara hak4m pada 9 Julai 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Janakpurpress.com

Sumber: https://www.rotikaya.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.