Jualan Tudung Sentiasa Sold Out Dengan Nilai Jutaan Ringgit, Fazura Enggan Fikir Soal Sudah Berada Di Status Jutawan Atau Belum

Sejak kebelakangan ini, bisnes penjualan tudung yang diusahakan oleh pelakon dan penyanyi Fazura dilihat sangat berjaya.

Tidak sampai beberapa jam dibuka untuk jualan, tudung yang diniagakan telah pelakon filem Gol & Gincu itu pasti habis dijual – sehingga jutaan unit.

Jika dilihat pada jumlah keuntungan pasti ada yang menebak bahawa Fazura kini sudah mampu untuk menggalas gelaran jutawan.

Namun, bukan hal itu yang menjadi kepentingan buat dirinya. Mengulas lanjut adakah dia kini sudah menggalas status jutawan berkat kesuksesan bisnes penjualan tudungnya, Fazura berkata, dia enggan berfikir panjang mengenai hal berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


“Saya tak pernah pun fikirkan semua itu. Status sebagai jutawan bukanlah topik yang selalu saya bincangkan atau suka saya bincangkan.

“Bergelar jutawan atau tidak, hal itu menjadi persoalan kedua. Buat masa ini, apa yang lebih penting adalah saya mahu teruskan usaha untuk berkongsi manfaat kepada orang ramai,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada majlis pelancaran aplikasi gaya hidup Islamik, Mukmin Pro yang bertempat di sebuah hotel di ibu kota baru-baru ini.

Menurut Fazura, dia juga memilih untuk mengikuti nasihat ibunya yang mahu melihat dia terus menyebarkan kebaikan menerusi bidang perniagaan.

“Seperti kata mak saya, orang bukan peduli sama ada kita kaya atau tidak, jutawan atau banyak duit, yang penting adalah untuk terus memberi manfaat dan membuat kebaikan.

“Dalam masa sama, saya berasa sangat bersyukur kerana perniagaan yang diusahakan dapat membuka peluang pekerjaan buat golongan wanita yang sumber pendapatan suami atau keluarga terjejas akibat pande3mik bagi membanter4s COV1D-19,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://gempak.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.