“K0men Adakala Meny4kitkan,” – Pertama Kali Setuju Di Wawancara, Kenali Sikap Jep Sepahtu Yg Ramai Tk Tahu

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kehadiran barisan pelawak didalam dunia industri penyiaran radio sering kali mendapat krit1kan hebat daripada pelbagai pihak.

Malah, ada juga yang menyifatkan golongan-golongan pelawak ini tidak sesuai untuk duduk di konti radio jika ingin dibandingkan dengan penyampai-penyampai radio professional.

Bagaimanapun, menurut pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu, dia lebih memilih untuk menerima segala krit1kan tersebut daripada sudut pandang positif untuk dia berubah ke arah yang lebih baik.

Bercakap di program Youtube, Begitu Bagini DJ Nazz terbitan stesen radio, Gegar, Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin turut menyifatkan segala krit1kan tersebut adalah tegvran daripada yang Maha Esa untuk dia sentiasa beringat.

“Saya ni kalau bab beri komen memang nampak macam baik sahaja tapi itulah prinsip dan pegangan saya. Saya anggap tegvran daripada orang tu adalah tegvran daripada Allah. Jadi, kita kena perbaiki la.

“Kita jangan pula bila ada orang lain tegvr kita ingat ‘Ala dia tak dapat dekat sini sebab itu dia berbunyi’ atau ‘Ala orang tu tiada dekat tempat kita sebab itu dia selalu bercakap. Sebenarnya dia nak tempat kita’.

“Nak buat apa cakap semua itu? Lebih baik kita berfikiran positif,” katanya ketika ditemubual.

Dalam pada itu, penyampai radio Sinar FM ini turut berpandangan sebagai manusia, kita tidak mempunyai daya untuk mempertik4ikan segala ketentuan yang telah ditetapkan Allah SWT.

“Kalau ada orang cakap pelawak tak sesuai tadi penyampai radio atau pengacara, sebenarnya kita seperti mempertik4ikan ketentuan Allah SWT. Ini semua Allah dah tentukan.

“Contohnya kalau pemain bola kemudian dia jadi pengulas sukan, itu memang sudah menjadi jalan dia. Cuma cabangnya berbeza.

“Bila dalam industri seni ini dan terlibat dalam dunia komedi, dicabangkan pula untuk jadi penyampai radio. Saya anggap itu adalah ranting dari sebuah dahan dan pokok yang besar. Bila kita ditakdirkan ke ranting itu, terima sahaja dengan hati terbuka,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, meskipun adakalanya dia menerima komen-komen yang agak meny4kitkan, namun, Jep mendedahkan dia akan tetap menghorm4ti segala pandangan yang telah dilontarkan.

“Bila ada yang tidak suka, itu adalah lumrah. Manusia ni memang susah kita nak puaskan hati mereka.

“Jadi, meski komen-komen mereka ini adakala meny4kitkan dan mereka memilih untuk membenci, saya tetap memilih untuk menghorm4ti. Biarkan jelah.

“Sebab saya ini hanya pembawa nama Jep je. Ada orang-orang yang lebih baik dan warak pun orang tak suka, inikan pula saya yang entah apa-apa itu. Jadi saya berlapang dada sahaja,” akhirinya.

Menurut Jep, dia setuju untuk pertama kali di wawancara oleh DJ Nazz kerana dia sangat menghorm4ti DJ tersebut

Terdahulu, program Begitu Begini DJ Nazz bersama Jep Sepahtu ini merupakan episod terakhir yang akan dikendalikan oleh DJ Nazz.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh DJ Nazz di bahagian akhir program berkenaan.

“Kita stress kerana kita rasa memiliki, sedangkan Allah bagi pinjam untuk kita nikm4tinya” – Jep Sepahtu.Terima kasih Jep atas perkongsian dan inspirasi. Moga segala kebaikan dibalas dengan kebaikan. Aamiin.Tahniah buat DJ Nazz atas kejayaan program Begitu Begini DJ Nazz. Program yang berjaya menjemput nama-nama besar untuk berkongsi rahsia, cerita yang tak pernah didengar, motivasi dan inspirasi. Sayangnya program ini telah sampai di penghujungnya. Terima kasih DJ Nazz. Mendoakan yang terbaik buat DJ Nazz. Aamiin.” komen Izzat

“Alhamdulillah…. Salute lu jep…. Semoga di murahkan rezeki di berikan kesihatan yang baik… Mmng tunggu segmen ni nak lepak dengar kisah hidup lu der… Tq dj nazz bawak jepp dtg berbual kisah dan tauladan yg mmng sgt2 mahal…..” tulis seorang netizan

Jep merupakan bekas anggota kumpulan lawak, Sepah yang telah menjuarai pertandingan Raja Lawak musim ketiga pada tahun 2009.

Perpecahan kumpulan Sepah membawa kepada penubuhan kumpulan baharu dinamakan sebagai ‘Sepahtu’ yang turut dianggotai Shuib, Rahim dan Ilya (Pak Ya).

Biodata

1. Nama sebenarnya, Mohd Nadzri bin Zainal Abidin. Menggunakan nama komersial, Jep Sepahtu.

2. Lahir pada 9 April 1985 di Kulai, Johor. Kini berusia 34 tahun.

3. Berketinggian 1.85 meter.

4. Anak keempat daripada tujuh orang adik-beradik.

5. Merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio yang berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.

6. Mula popular selepas memenangi pertandingan realiti komedi, Raja Lawak 3 (musim ketiga) 2009 menerusi kumpulan Sepah yang turut dianggotai Shuib dan Mamat. Mereka juga merangkul gelaran juara Maharaja Lawak 2011.

7. Selepas berpecah, Jep bersama Shuib menubuhkan kumpulan baharu dinamakan sebagai Sepahtu.

8. Kerjaya Jep terus berkembang dengan beberapa pencapaian seperti menjuarai pertandingan Super Spontan 2013 dan Maharaja Lawak Mega 2013, naib juara Maharaja Lawak Mega 2014, Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 dan Artis Lawak MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2019.

9. Pernah membintangi filem Sofazr The Movie – Jiwa Kacau, Sepah The Movie dan Oh Mak Kau.

10. Kemunculannya di layar kaca antaranya menerusi Sepahtu Cinta Plastik, Bujang Sepah Lalalitampom, Meja Bulat Sepahtu dan Sepahtu Reunion.

11. Turut berkhidmat sebagai juruhebah di konti radio Sinar FM menerusi segmen Pagi di Sinar yang antara lain menampillan pelawak Rahim dan Angah.

12. Menamatkan zaman solo dengan aktres Sari Yanti pada 25 Februari 2017 sebelum dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Dariya Inara pada 25 April 2018.

Sumber: Youtube Gegar, media hiburan, https://iluminasi.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.