“Kahwin Dgn Jutawan Ke?” – Mawar Karim Nafi Namun Mengaku Sedang Bercinta , Rancang Kahwin Tahun Ini

Baru-baru ini ada khabar angin yang mengatakan Mawar Karim kini telah berkahwin dengan seorang jutawan sebelum Ramadan lalu namun Mawar terus menafikan hal itu.,

Namun, usahawan ini mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seorang lelaki yang dikenalinya sejak tahun lalu. Mawar juga meminta orang ramai untuk mendoakan rumah tangga yang akan dibina itu berkekalan sehingga ke akhirnya kerana dia tidak mahu perkara yang sama berulang seperti perkahwinannya yang lalu.

Apabila ditanya adakah lelaki tersebut dalam kalangan selebriti atau ahli politik, usahawan ini berkata bakal suaminya itu hanya orang biasa yang mempunyai bisnes sendiri.

Untuk info semua, Mawar pernah berkahwin dengan selebriti Fizo Omar pada November 2013 namun perkahwinan itu berakhir pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Wan Maryam

Sumbe: CARi

Leave a Reply

Your email address will not be published.