”Kalau Ada Anak Dah Masuk Darjah 3” – 9 Tahun Kahwin, Izzue Islam Tak Putus Doa Dikurnia Cahaya Mata

Sembilan tahun melayari bahtera rumah tangga bersama isteri tercinta, penyanyi dan pelakon, Izzue Islam tidak pernah berhenti berdoa agar dikurniakan zuri4t.

Mesti dah masuk darjah 3

Di Instagram, Izzue memuat naik foto bersama isterinya, Awin Nurin sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-9. Menerusi posting tersebut, Izzue turut menyatakan sekiranya mereka dikurniakan rezeki anak, sudah pasti anak mereka berusia 9 tahun dan bersekolah. Namun apakan daya, soal zuri4t merupakan ketentuan Allah. Ujar Izzue, dia dan isteri tidak akan berhenti berusaha dan berdoa agar dikurniakan zuriat suatu hari nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

Hari ini usia meningkat lagi dan 9 tahun berkahwin. Kalau ada anak dah masuk darjah 3 dah hehe. Thank you kepada semua yang mendoakan Izzue.

Selain menyambut ulang tahun perkahwinan, Izzue turut menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-32 hari ini. Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen berdoa agar pasangan ini dikurniakan cahaya mata. Menurut netizen, manusia yang sabar akan pasti mendapat ganjarannya kelak. Mereka yakin, pasti akan ada rezeki buat pasangan sama cantik sama padan ini.

Sumber: Izzue Islam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://ohbulan.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.