“Klau ikut umr Kak Chah jlan dlu…” – Peminat Runtun Hati Baca Luahan Misha Omar Trhadap Arwh Siti Sarah

Persembahan tribute terhadap allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang dijayakan oleh penyanyi Misha Omar pada Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) malam kelmarin membuatkan ramai yang terpegun.

Selain penyampaian dan vokal yang mantap, ramai antara penonton yang turut melahirkan rasa sayu, mengenangkan pemergian ar.wah ke negeri abadi pada tahun lalu ak.ibat jan.gkit.an C.O.V.ID.-19.

Usai persembahan, Misha sempat menco.retkan kenangan perbualannya bersama ar.wah sekitar 15 tahun lampau. Menurut Misha, mereka pernah berbual mengenai siapakah yang akan menyanyikan segmen tribute jika suatu hari nanti mereka pergi menghadap Illahi.

Sarah bertanya kepada Misha: “Kak Chah (panggilan Sarah kepada Misha) rasa, bila sampai masa kita, ada ke segment tribute untuk kita? Siapa yang akan menyanyikan lagu-lagu kita?”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Misha menjawab: “Kalau kita ada banyak hits, insya-Allah mesti ada. Selalunya segment tribute ni, mereka akan beri pada artis-artis baharu yang suara power dan famous. Bang.akan? Tapi, kalau tengok.kan umur kita berdua, Kak Chah yang jalan dulu kot. Kak Chah lagi tua dari Sahhh (panggilan manja Misha kepada Sarah). Kalau Kak Chah pergi dulu, Sahhh nyan.yilah lagu kak Chah ok?”

Sarah kemudian menjawab: “Eh, tapi kalau tengok umur kita sebenarnya tak jauh kak. Kalau tua-tua nanti macam mana Sahhh nak nyanyi lagu Bunga Bunga Cinta? Mesti kena turunkan key banyak. Kar.ang nanti dah tak bunyi menyanyi tu kak, itu dah macam bercakap.”

Misha menambah, benar kata orang yang kehilangan akan mengajar jiwa menjadi kuat saat digi.git kenangan.

“Kenangan pa.hit mahupun manis dengan seseorang yang telah pergi tetap juga akan menyiat dan menyentap jiwa. Tugasan di AME 2021 malam tadi, amat berat untuk saya galas. Kerana hal ini pernah saya bualkan bersama allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

“Setiap patah perkataan dalam lirik lagu Bersamamu hit me differently. Dilemma perasaan antara mahu menyanyi dan men.angis tiba-tiba bersatu menjadi segumpal rasa tersekat di kerongkong, yang tidak juga saya temukan perkataan yg lebih tepat untuk menggambarkannya…sukar!

“Satu pengalaman yang tak akan saya lupakan. Impian allah.yarhamah Allah kabulkan, ada segment tribute untuknya… Yang menyanyikan lagu hits beliau bukan calang-calang orangnya, Aina Abdul. Pasti dia bangga. Masakan tidak, saya sahabatnya hati turut berbunga mendengar alunan Aina begitu baik melalui Ke Hujung dunia. Semoga kalian terhibur, semoga nama allahyarhamah tidak lekang dalam Al-Fatihah, Yassin dan doa kalian… Al- Fatihah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:https://gempak.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.