“Klau Sy Sᾰkit Bahu, Ank Sy Sᾰkit Kᾰnser,”- Al Jufferi Keceωa Gagal Hadiahkan Pingat Utk Ank

Jaguh silat negara, Al Jufferi Jamari berasa kecewa tidak dapat menghadiahkan pingat kepada negara serta anak dan isterinya selepas tewas di tangan pesilat Singapura dalam kategori Kelas Putra F yang berlangsung pada hari ini kerana sa.kit.

Juara dunia 3 kali itu terpaksa bertarung dalam kes.akitan selepas dibelen.ggu masalah kec.ed.eraan yang belum pu.lih sepenuhnya semasa menen.ang lawannya itu.

Beliau menga.kui bahawa beliau terpa.ksa ke.tepikan rasa sa.kitnya itu selepas teringat akan anaknya yang m.nderi.ta sak.it kans.er.

“Saya kuat sebab anak. Kalau saya sa.kit bahu, anak saya sa.kit ka.nse.r. Dia lagi kuat, dia budak kan.

“Anak je ada dalam ga.mbaran saya, anak je. Sebab dia sak.it. Umur 2,3 tahun dah kena k.ans.er,” ujarnya ketika ditemu bual oleh wartawan Arena.

Sungguhpun tumpas di tangan lawan, namun aksi yang ditonjolkan oleh Al Jufferi Jamari cukup membanggakan kerana berjaya merapatkan mata walaupun pada satu ketika ketinggalan dengan jurang yang agak banyak.

Beliau juga memastikan bahawa lawannya itu terpaksa berhempas pulas ketika menentangnya walaupun dia bertarung dalam kesakitan.

Kekalahan tersebut sekali gus menutup peluangnya untuk layak ke separuh akhir serta menyumbangkan pingat untuk negara.

Terdahulu, aksi mantap dengan kepelbagaian teknik yang ditampilkan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga memberi kelebihan kepada gandingan pesilat negara itu untuk mempertahankan pingat emas acara seni ganda putra pada Sukan SEA ke-31 di sini hari ini.

Pasangan berkenaan mengungguli acara final tersebut yang berlangsung di Pusat Sukan Bac Tu Liem (Bac Tu Liem Sporting Center), setelah memperoleh 9.905 mata untuk menewaskan pencabar mereka dari Singapura, Muhammad Hazim Mohammad Zaque dan Muhammad Haziq Mohammad Zaque.

Pasangan adik-beradik itu mengutip 9.905 mata untuk meraih perak manakala gangsa milik bersama gandingan tuan rumah, Duc Danh Tran-Hong Que Le dan AbdulKarim Yusoh-Khairulmahadi Yusoh dari Thailand yang masing-masing terpaksa akur di peringkat separuh akhir semalam.

Kejayaan Taqiyuddin dan Sazzlan yang memenangi kategori tersebut pada Sukan SEA 2019 di Filipina, sekali gus memberikan pingat emas pertama Malaysia dalam acara pencak silat pada temasya sukan berkenaan kali ini.

Sumber: Syakirah Zulkifly

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.