“Kali Ni Saya Lepas Gerɑm!”- Cheta Potpet Sedia Satu Peti Duit Raya, Agih RM20,000 Kpd Org Ramai Serbu Open House

Usahawan kosmetik popular Pulau Pinang, Cheta Potpet menyediakan sejumlah RM20,000 duit raya untuk dikongsikan kepada tetamu yang hadir pada rumah terbukanya yang diadakan di ibu pejabat Secret Desire, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Duit raya itu kata Cheta atau nama sebenarnya Rozita Baharom, 35, disimpan dalam sebuah peti khas, khusus untuk diagihkan kepada tetamu yang hadir pada rumah terbuka mereka tahun ini.

“Alhamdulillah selepas dua tahun kita tak boleh nak anjurkan majlis rumah terbuka, kali ini kita berpeluang untuk menikmati kembali suasana berhari raya meskipun kena berjaga-jaga.

“Kali ini saya lepas geram, buka terus sembilan khemah untuk raikan tetamu yang datang. Pada masa sama kita belanja mereka dengan tawarkan harga runtuh produk Secret Desire yang terpilih.

“Saya sedar, yang datang pun ada yang bukan pengguna produk saya, jadi inilah masanya untuk memperkenalkan kepada mereka yang mahu mencuba.

“Saya pun tak boleh nak jangka berapa ramai yang hadir sebab kita beri peluang kepada semua untuk datang. Selagi ada makanan, selagi itu kita jamu makan.

“Suami pun sokong cara begini, syukur… dapat sediakan duit raya sekitar RM20,000 untuk diagihkan kepada tetamu yang bawa anak-anak. Memang kami sediakan satu peti khas, untuk duit raya saja.

“Begitulah sebenarnya setiap tahun pun cuma tahun ini Allah beri rezeki lebih. Tak salah pun saling berkongsi. Harap majlis sebegini boleh diteruskan lagi,” katanya.

Berbeza konsepnya dengan pengasas produk tempatan lain yang selalunya menjemput agen, stokis, wakil jualan atau pembeli bertuah sahaja berkunjung ke rumah terbuka, akui Cheta tidak salah untuk berkongsi rezeki kepada publik.

“Biasanya founder produk mungkin hanya akan panggil agen, wakil atau pembeli terpilih tapi konsep kami berbeza.

“Rasanya tiada masalah kalau saya nak buat rumah terbuka kepada publik. Niat kami sekeluarga nak berkongsi rezeki, syukur ramai yang datang dan puas sebab hajat kali ini termakbul. Orang kenal kita bersama-sama dengan jenama yang kita bawa.

“Kita ni sama saja, masing-masing bekerja dan cari pendapatan. Mungkin cara sahaja yang berbeza di mana saya berbisnes, bila orang mula sukai kita dengan apa yang dijual maknanya sasaran itu tercapai,” ujarnya yang menganggarkan lebih 1,000 tetamu yang hadir pada majlis terbukanya itu.

Dalam perkembangan terbaharu, Cheta yang pernah muncul dengan lagu Aku Yang Kau Mahu sekitar dua tahun lalu bakal mempelawa rakan artis, Ifa Raziah untuk berduet dalam lagu berkonsepkan rock dangdut tidak lama lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://gempak.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.