“Kami Sedang Berusaha Menghalalkan Hubungan Ini,” – Sherry Ibrahim

“Berhenti bertanya bila kami akan berkahwin kerana kami sedang berusaha menghalalkan hubungan ini di sisi Allah SWT. Kami hanya merancang sedangkan Allah yang menentukan semuanya. Allah adalah sebaik-baik perancang”.

Itu kata pelakon dan penyanyi Sherry Ibrahim yang turut tidak terkecuali diajukan mengenai soal kahwin ketika musim perayaan ini.

Kredit foto: IG Sherry

Menginjak ke usia 39 tahun, Sherry turut tumpang gembira dengan rezeki jodoh dan zuriat mereka yang berada di sekelilingnya.

“Memang ramai kawan-kawan saya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak. Alhamdulillah itu rezeki mereka dan saya turut tumpang gembira. Namun, Allah kata belum masa saya lagi. Insya-Allah suatu hari lagi. Doakanlah,” katanya.

Berkongsi mengenai sambutan Aidilfitri, dia lebih banyak menghabiskan masa di dapur bagi membantu ibu dan neneknya memasak.

“Setiap tahun, kalau wartawan tanya berapa pasang baju raya, saya akan jawab yang saya hanya akan sediakan sepasang. Bukan apa, saya tidak ke mana-mana selain membantu ibu dan nenek di dapur.

“Jadi, saya akan pastikan baju itu selasa untuk dipakai ketika membuat kerja-kerja. Dan selalunya, saya hanya ada di rumah pada hari raya pertama saja. Esok dan seterusnya saya akan bercuti ke destinasi pilihan. Cuma dua tahun kebelakangan ini, saya tak sempat berbuat demikian,” katanya.

Kredit foto: IG Sherry

Menurut Sherry, dia akan cuba mencuri masa untuk bercuti selepas penat menguruskan perniagaan salun rambutnya, Khatulistiwa Hair Spa.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.