Kanak-Kanak Viral Iklan Merdeka, Ini Wajah Ummi Khazriena Lepas 15 Tahun

Setiap kali menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pasti akan ada iklan yang menarik mengenai hari bersejarah tersebut. Namun, masihkah anda ingat mengenai sebuah iklan yang bertajuk ‘Tan Hong Ming Dilamun Cinta’ yang pernah ditayangkan sekitar tahun 2007?

Pelakon iklan kini sudah besar

Iklan berdurasi satu minit 32 saat itu adalah sentuhan Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang diambil daripada perspektif kanak-kanak kecil mengenai persahabatan tidak kira berlainan bangsa atau agama serta menyimpan mesej tentang semangat perpaduan di Malaysia.

Susulan daripada itu, iklan tersebut berjaya mencuri hati rakyat Malaysia kerana kecomelan murid sekolah rendah iaitu Tan Hong Ming yang dalam diam menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Ummi Khazriena.

Menerusi video yang dimuat naik oleh teman lelaki pelakon iklan itu, Addin Danial di TikTok, berkongsi kehidupan Ummi yang kini sudah dewasa serta menjadi seorang gadis yang ceria dan cantik.

Sorry Tang Hong Ming, saya sailang girlfriend awak masa sekolah dulu.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 30 saat itu meraih lebih 668 ribu dan mendapat lebih 71 ribu tanda suka di TikTok.

Video penuh

Sumber : addindnialHarian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://ohbulan.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.