“Kasihan Utk Org Tua Dilayan Begitu”- Selepas Pem3rgian Hamid Gurkha, Che Ta D3dah Sesuatu Yg Pernah Berlaku Kpd Arw4h

Rozita Che Wan mendedahkan dia pernah rasa terkilan dengan layanan sambil lewa produksi terhadap Allahy4rham Hamid Gurkha ketika dia bekerja bersama pelawak tersohor itu suatu ketika dulu.

Enggan perkara sama berulang, pelakon yang mesra disapa Che Ta itu berkata, dia turut memarahi kru produksi terbabit agar menepati masa mengikut jadual yang diberi.

“Sebagai seorang yang menepati masa, saya berasa amat mar4h kerana mereka sepatutnya dah bersedia segala-galanya apabila call time (waktu penggambaran) bermula jam 7 pagi.

“Sedangkan Pak Hamid (panggilan untuk Hamid) datang naik motosikal dari jauh, dari Klang, untuk penggambaran di Gombak.

“Dia memandu sendiri dan sampai di lokasi tepat pada waktunya. Kasihan untuk orang tua seperti Pak Hamid dilayan begitu,” kongsinya.

Pemilik nama sebenar Rozita Abu Bakar itu turut memuji sikap Hamid yang tidak merungut sekali pun berdepan kerenah produksi yang lewat.

“Saya tengok arw4h tenang saja. Dia sampai saja terus duduk malah langsung tak merungvt apa-apa pun.

“Tapi kalau saya, tidak. Mungkin akan ada orang akan cakap saya seorang yang cerew3t. Bagi saya, produksi boleh bagi bila-bila saja call time mereka mahukan.

“Jika beritahu call time jam 4.30 pagi pun saya boleh datang tepat masanya.

“Saya akan datang dah siap mekap dan makan. Janji, bila saya datang, kru produksi semua dah bersedia nak mulakan penggambaran,” tambahnya.

Che Ta berkata demikian ketika ditemui pada majlis Malam Berinai Rozita Che Wan dan Zain Saidin di Glam Hall, Kuala Lumpur semalam.

Allahy4rham Hamid meningg4l dunia jam 2.19 petang di H0spital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, akibat peny4kit tibi dan beberapa k0mplikasi lain.

jenaz4h Hamid selamat dikebvmikan di Tanah Perkvburan Masjid Kota Raja, Kampung Jawa malam tadi selepas disolatkan di Masjid Kota Raja.

Pelakon Sepi itu berkata dia amat terkilan kerana tidak sempat menziarahi Hamid dek kekangan jadual kerja yang padat.

“Hujung bulan ni baru saya ada cuti. Dalam waktu 10 hari, hari ni (semalam) saja saya ada cuti, tapi digunakan untuk majlis meraikan hampir 10 tahun perkahwinan dengan suami.

“Majlis ni pula memang sudah lama dirancang,” katanya.

Meningg4l di usia 90 tahun, 7 fakta Hamid Gurkha ramai tidak tahu

MENINGG4L dunia pada usia 90 tahun, Allahyarham Hamid Gurkha merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam bidang seni komedi negara.

Beliau atau nama sebenarnya Abdul Hamid Ab Rahman mula dikenali melalui filem Panglima Badul (1978) dan Main-Main Hantu (1989).

Berita pemergian Hamid atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abdul Rahman disahkan anak bongsunya, Nor Ashita Hamid, seperti dilaporkan sebuah portal berita.

Hamid kembali ke rahmatullah akibat peny4kit tibi dan beberapa komplik4si lain selepas enam hari dimasukkan ke h0spital.

Lakonan Pak Hamid dan Dharma Harun Al-Rashid dalam filem Sikit Punya G1la (1982) (Kredit foto: Rose Merah)

Selebriti yang lebih mesra dengan panggilan Pak Hamid itu cukup istimewa dalam industri seni tempatan.

Bersama ini SinarPlus berkongsikan tujuh fakta menarik mengenai Pak Hamid yang ramai tidak tahu;

1.Pernah menyertai pasukan tent3ra selama tujuh tahun, bermula pada 1950.

2.Gelaran Gurkha pada hujung namanya diberikan seorang askar berpangkat Sarjan ketika berkhidmat di dalam angkatan tent3ra.

3.Bertitik tolak daripada ins1den itulah nama atau gelaran Gurkha menjadi sebahagian daripada diri Pak Hamid.

4.Aktiviti seninya bermula ketika menyertai Pertandingan Bintang Radio RTM pada 1965 dan merangkul tempat pertama.


Allahy4rham Datuk Jamali Shadat bertanggungjawab membawa Pak Hamid ke pentas lawak (Kredot foto: Berita Harian SG)

5.Pelawak, Allahy4rham Datuk Jamali Shadat adalah orang yang bertangungjawab mengajaknya menjadi pelawak pentas.

6.Pak Hamid pernah dinobatkan sebagai Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada tahun 1982.

7. Antara filem-filem yang pernah dijayakan adalah G1la-G1la pada 1979, Sikit Punya G1la (1982), Aku Yang Berhormat (1983), Talak (1984), Ragam Pemandu (1989), Konstabel Mamat (1992), Impian (1996), Silat Lagenda (1998), Senario The Movie (1999), Kemarau Cinta (2005), Salah Bapak (2006) Zombie Kampung Pisang dan terbaharu, Alamak Toyol.

Hajat nak ziarah bapak, tapi saya pula masuk h0spital – Jasmin Hamid

PETALING JAYA: Pelakon versatil, Jasmin Hamid, turut merasai kehilangan pelawak legenda tanah air, Allahy4rham Hamid Gurkha yang disahkan meninggal dunia semalam.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya.

Menurut Jasmin, dia dan suami sebelum ini berhasrat ingin menziarahi pelakon tersebut, namun tidak kesampaian kerana dirinya terpaksa dimasukkan h0spital akibat mengalami masalah pada j4ntung.

“Pulangnya seorang bintang, Arwah Pak Hamid Gurkha. Pilunya hati bila dapat khabar dvka ini.

“Saya berhasrat nak ziarah bapak (panggilan buat arw4h) baru-baru ni tetapi saya pula masuk h0spital…

“Suami kata bila saya dah sedia, kami akan ziarah bapak kerana suami nak saya kuatkan semangat bila ziarah bapak nanti. Saya sangat sensitif dengan orang tua… hendaknya bila lihat mereka tidak tak sihat,” katanya.

Mengulas lanjut, Jasmin reda dengan pemergiannya dan mendoakan agar Allahy4rham ditempatkan di dalam Syurga Allah.

“Apa pun. Allah lebih sayangkan bapak. Mohon Allah tempatkan bapak di dalam syurgaNya tanpa hisab dan haramkan az4b ku.bur dan ner4ka jah4nam.

“Takziah buat seisi keluarga bapak. Tabahkan hati dengan ujianNya. Marilah sama-sama sedekahkan pahala doa kita untuk Pak Hamid Gurkha,” ujarnya.

Pemergian Pak Hamid ibarat kehil4ngan sebutir permata. Pasti ramai yang akan merindui jenakanya, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, al-Fatihah.

Sumber: mkini, bernama, sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published.