Kecantikan Mira Filzah Selepas Bersᾰlin Dipuji, Sekali Permintaan Netizen Tarik Perhatian

MELUAHKAN rasa syukur dikurniakan cahaya mata pertama, suami pelakon Mira Filzah, Wan Emir menerusi satu perkongsian berjanji akan menjadi ibu bapa terbaik untuk anak mereka.

Emir, 32, turut berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa mereka yang banyak memberi tunjuk ajar dan nilai pengorbanan tanpa batas daripada mereka kecil.

“Kami ingin mengucapkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua atas segala doa dan ucapan terima kasih kepada ibu papa dan mak, abah serta semua yang menyayangi kami sejak kecil dan menunjukkan kami makna ibu bapa yang baik.

“Semoga amanah Allah SWT ini kami tatang dengan sebaiknya. Kepada Engkau kami berserah, Ya Rabb,” tulisnya di Instagam.

Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar turut memuat naik foto dia sedang mendukung anak sulungnya itu dan Mira Filzah bersama bayi tanpa sebarang solekan.

Perkongsian tersebut menerima ucapan tahniah daripada pengikut dan mendoakan urusan keluarga itu dipermudahkan.

Mira FilzahMira dan Emir janji jadi ibu bapa terbaik untuk anak mereka.

Selain itu, rata-rata netizen juga mengucapkan selamat berpantang kepada Mira Filzah dan memuji kecantikan aktres berkenaan biarpun dalam pantang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

“Kak Mira selamat berpantang, lepas bersalin pun cantik.

“Berserinya ibu lepas bersalin.

“Baru lepas melahirkan pun ibu cantik lagi.

“Lepas bersalin pun maintain cantik, kita dulu alahai serabai.

“Glowingnya muka mummy” ujar beberapa netizen.

Semoga amanah Allah SWT ini kami tatang dengan sebaiknya

WAN EMIR

SUAMI MIRA FILZAH

Selain itu, ada juga netizen yang meminta pasangan itu tidak meletakkan pelekat pada wajah anak mereka seperti yang selalu dilakukan beberapa selebriti lain.

“Mira jangan bubuh sticker dengan muka anak okey!

“Harap tiadalah la sampai ke sudah muka baby tampal sticker” tulis netizen.

Mira FilzahMira dan Emir berkahwin pada 3 September 2020.

Pelakon dan pengacara popular itu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pukul 3.40 pagi Selasa bersamaan 9 Syawal.

Berita gembira itu dikongsi Emir yang turut memberitahu tarikh kelahiran anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalendar Islam.

Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu pada 3 September 2020.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.