[VIDEO] “Kenangan jln bertiga, kot2 nk jadi berempat tk lama lagi..”- Fazura Beri Hint Mahu Ank Kedua?

Aktres jelita Nur Fazura berseloroh seakan berhasrat mahu menambah cahaya mata bersama suaminya pelakon Fattah Amin.

Perkara itu dikongsi Fazura menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Video ‘Sweet’ Bersama Keluarga

Dalam entri tersebut, Fazura berkongsi sepotong video berjalan bersama Fattah sambil mendukung anak mereka, Nur Fatima Aisya.

“Kenangan jalan bertiga, kot kot nak jadi berempat tak lama lagi… #belumlagi #dontwondertau #doakan,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Curi Perhatian Ramai

Perkongsian itu semestinya mencuri perhatian netizen. Melihat ruangan komen, ramai juga yang mengusik Fazura dan berdoa agar hasrat pelakon Dendam Pontianak itu menimang cahaya mata kedua dimakbulkan Allah SWT.

“Apapun marilah sama-sama kita aminkan.

“Amin, semoga Fatima bakal dapat adik ya, suka tengok family ni, sejuk je mata.

“She meminta, but why not sis,” tulis beberapa pengikut Fazura.

Via Instagram Fazura

Imbas kembali, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Pasangan kesayangan ramai itu dikurniakan cahaya mata pertama, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Sumber: murai

Leave a Reply

Your email address will not be published.