“Kenapa Tak Cakap Melayu?” – Ditegur Netizen Mengenai ‘speaking’ Dengan Anak, Ini Jawapan Shima Anuar

Siapa sahaja yang tidak mengenali Shima Anuar? Terkenal dengan babak lakonan yang mantap dan wajahnya sering sahaja terpapar di mana-mana drama di skrin television.

Baru-baru ini, Shima Anuar telah memuatnaik satu perkongsian video di IG Story memperlihatkan dirinya sedang bertutur dengan anak perempuannya dalam bahasa Inggeris telah berjaya mengundang krit1kan netizen di laman sosial.

Menerusi paparan skrin yang telah dimuat naik, Shima menunjukkan satu mesej netizen yang mempertikaikan tindakannya menggunakan bahasa Inggeris bagi berkomunikasi dengan anak.

Menurut individu berkenaan, ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak untuk berbicara dalam bahasa Melayu.

” Kenapa mak ayah sekarang suka cakap orang putih dengan anak-anak untuk dia orang. Kenapa tak cakap Melayu, bahasa Malaysia? ” soal individu itu lagi.

Menjawab kepada persoalan netizen itu, Shima Anuar memberitahu dia mahu anaknya menguasai pelbagai jenis bahasa bukan sekadar tertumpu pada satu bahasa semata-mata.

Biarpun petah berbahasa Inggeris, namun pelakon berusia 31 tahun ini tetap berbangga bahawa anakn perempuannya iaitu Marian Sophia, 3, masih lagi bercakap dan memahami bahasa Melayu.

Malah, pelakon drama siri Suamiku Lelaki Pendosa ini juga memberitahu dia ingin mengajar anak-anaknya bertutur dalam bahasa Mandarin dan Tamil.

” Nak bagi anak kuasai pelbagai bahasa. Senang untuk mereka bila besar nanti. Kalau saya boleh bercakap dalam bahasa Mandarin dan Tamil, saya juga akan ajar mereka bahasa itu.

” Alhamdulillah anak-anak saya fasih bercakap dan faham bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bukan hanya bahasa Inggeris sahaja.

” Kalau boleh belajar banyak, kenapa nak belajar satu sahaja ? ” kata Shima.

Sekadar info, Shima Anuar atau nama sebenarnya Nor Hashimah telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada 8 April 2017.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan yang kini berusia dua tahun.

Sumber: bn4.cari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:https://burmeseasia.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.