“Kesayangan Mummy Dan Daddy,” – Wah, Coach Yin Kongsi Berita Kehadiran Permata Hati Sulung

Siapa masih ingat Coach Yin? Rasanya sudah lama kita tidak mendengar khabar mengenai lelaki yang berasal dari Kelantan ini. Satu ketika dahulu, nama Coach Yin seringkali menjadi sebutan ramai kerana dia mempunyai hubungan dengan S4jat iaitu usahawan kosmetik tetapi hubungan mereka terputus di tengah jalan dan kini hanya tinggal sejarah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Coachyin (@coach_yin)


Untuk pengetahuan semua, Coach Yin telah menikahi seorang wanita bernama Reen pada bulan Mac tahun lalu. Pada akhir bulan April, Coach Yin ada berkongsikan berita terbaru di akaun Instagram miliknya. Menerusi posting itu, Coach Yin telah memaklumkan bahawa isterinya telah selamat melahirkan permata hati sulung mereka. Lebih istimewa lagi, anak sulungnya itu telah dilahirkan pada hari lahir Coach Yin. Wah, tak lama lagi boleh sambut hari lahir sekali!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Coachyin (@coach_yin)


Baru-baru ini pula, Coach Yin telah memuat naik foto yang menunjukkan wajah anak sulungnya itu. Menurut Coach, anaknya yang dinamakan Tya Alayna itu dilahirkan pada 8 April yang lalu. Cepat betul masa berlalu, tak lama lagi genaplah dah 2 bulan anak Coach.

Tambah Coach, Tya Alayna merupakan kesayangan mereka berdua.

Tahniah diucapkan kepada Coach Yin dan isteri. Semoga Tya Alayna membesar dengan baik dan menjadi penyejuk hati kedua orang tuanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: -CARI

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.