Lahir Ketika Umur 40 Tahun, Kecomelan Anak ke-5 Datin Sri Zizie Izette Jadi Bualan Netizen

Masa berlalu begitu pantas. Sekejap dah 3 tahun usia anak yang ke-5 Datin Sri Zizie Izette. Seronok melihat telatah comel Aalisa Belle Izette seperti yang dikongsi oleh Datin Sri Zizie Izette saat meraikan ulang tahun kelahirannya ke-3 tempoh hari.

Anak bongsu yang mesra di sapa Cicabelle itu juga kelihatan begitu ceria meraikan ulang tahun kelahirannya pada 1 Mac lalu. Memang comel sungguh puteri kelima Datin Sri Zizie dan suaminya YB Dato’ Sri Bung Mokhtar Radin menggayakan gaun berwarna merah jambu itu.

Datin Sri Zizie turut menitipkan ucapan bersempena hari istimewa buat anak kesayangan yang mewarisi kulit putih gebu dan kejelitaannya itu.

Happy Birthday to the most cheeky, independent, strong, opinionated, stuvbborn, not so easy to please and fierce young lady here Ms Cicabelle.

Mommy loves you so much Cica, you are mommy’s strength and happiness!! Here’s to a bright, healthy and exciting future.

Happy 3rd birthday baby girl. You will always be my baby,” tulis Datin Sri Zizie di laman media sosial milik peribadinya. Sekejap dah 3 tahun usia Cicabelle ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette)

Selebriti yang pernah berlakon filem Kekasih Awal Dan Akhir ini memang sentiasa ceria jika bersama anak-anak tersayang.

Teringat keriuhan sewaktu mengabadi foto Datin Sri Zizie bersama Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette (kembar seiras) serta Aalisa Belle Izette sebagai penghias kulit Majalah Nona.

Teruja melihat 5 kanak-kanak comel ini yang begitu sporting memberikan pose terbaik dan mendengar kata ibu mereka benar-benar mencipta momen terindah.

Seronok melihat cara Datin Sri Zizie melayan anak-anaknya. Jelas terpancar naluri keibuan dalam diri wanita yang mudah tersenyum ini. Bila ditanya tentang perasaannya melahirkan anak di usia 40 tahun, jawabnya, “Saya melahirkan Aalisa di usia 40 tahun.

Saya tak tahu mengapa ramai wanita yang takut meng4ndung di usia 40. Pada pandangan saya mungkin ramai wanita takut sebab mereka ada masalah kesihatan. Saya tahu tahap kesihatan saya dan selalu buat medic4l check-up.

So far, saya tidak mempunyai masalah ketika meng4ndung seperti dar4h tinggi, k3ncing manis dan sebagainya. Jika kita tidak mempunyai sebarang peny4akit, insyallah sepanjang tempoh meng4ndung itu akan dipermudahkan,” ujar Datin Sri Zizie yang mengamalkan pemakanan sihat sepanjang tempoh berp4ntang.

Sumber : nona

Leave a Reply

Your email address will not be published.