“Macam Siti Nurhaliza Tahun 1997 Sangat” – Aafiyah Mewarisi Kecantikan TokTi Raih Perhatian

Sebut sahaja nama anak sulung penyanyi legenda negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, pasti semua mengenali Siti Aafiyah.

Seperti yang kita semua tahu, sejak kecil lagi permata hati sulung Siti ini sentiasa menjadi perhatian netizen ditambah pula dengan telatah dan gelagatnya yang sering membuatkan ramai peminat terhibur.

Baru-baru ini, Siti berkongsikan beberapa keping foto terbaru Aafiyah di akaun Instagram miliknya. Menerusi posting itu, kelihatan Aafiyah begitu comel memakai baju gaun bersulam bunga.

Menerusi ruangan kapsyen, Siti sempat berseloroh dengan mengatakan “Amboi, tiru posing ibu nampak!”. Menurut peminat, wajah Aafiyah nampak semakin serupa dengan ibunya ini semenjak dia semakin besar. Senyuman manis Aafiyah juga kelihatan seperti Siti.

Posing yang ditunjukkan Aaifyah membuatkan peminat teringat zaman ketika Siti masih muda. Bak kata pepatah, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi, sudah jelas Aafiyah mewarisi kecantikan ibunya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai peminat yang mengatakan wajah dan gaya Aafiyah kelihatan seperti Siti sekitar 1997 dahulu. –

Sumber: CARI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://www.utusan.rimbabara.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.