“Mana Tahu Ini Jodoh…”- Jumpa Di Makkah, Naim Daniel & Daiyan Trisha Jadi Bualan Netizen

Dua selebriti muda yang kini sedang menjalani ibadah umrah iaitu Naim Daniel dan Daiyan Trisha mendapat perhatian warga maya.

Ia ga.ra-ga.ra selepas Naim sendiri memuat naik foto mereka berdua di tanah suci Makkah ke akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Pelantun lagu Purnama itu dalam kapsyennya memberitahu sedang menikmati ais skrim selepas mengerjakan solat Tarawih.

“Ice cream after teraweeh,” tulisnya.

Entri berkenaan telah mendapat perhatian rakan artis dan juga peminat yang merasakan mereka sepadan untuk dijodohkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

“Selalu orang doa jodoh depan Kaabah,” kata Janna Nick.

“Mana tahu ini jodoh,” komen salah seorang pengikutnya.

“Macam Adam & Hawa,” kata salah seorang warga maya.

Kemas kini berkenaan turut mendapat perhatian tuan empunya badan iaitu Daiyan.

“Menggeletar lutut,” dalam tulisan tanda berpagar.

Difahamkan mereka berdua berangkat ke tanah suci pada minggu lalu.

Sumber: gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.