“Masa Ni Terkejut Bila Tahu Hamil, Check Sebab Per1od Dah Lewat” – Neelofa

Hampir empat bulan menimang cahaya mata sulung, sememangnya ramai yang tidak sabar melihat wajah anak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

Baru-baru ini, menerusi aplikasi TikTok Neelofa ada berkongsikan momen sebaik sahaja dia mengetahui dirinya hamil cahaya mata sulung.

Menerusi video itu, Neelofa mengakui terkejut apabila mengetahui dirinya hamil sambil memegang alat ujian kehamilan.

Dalam video berkenaan turut kedengaran suara Neelofa terkejut melihat alat ujian berkenaan kerana seolah tidak percaya dirinya berbadan dua.

Kata Neelofa lagi, dia tidak merancang tentang kehamilan dan membuat ujian tersebut kerana haid sudah lewat.

“Bila pertama kali tengok the word pregnant di test kit. Masa ni terkejut bila tahu hamil, sebab tak rancang pun. Lepas tu macam ‘blur’ kejap sebab dah tiga minggu lebih. Buat ujian sebab haid dah lewat,” tulisnya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja melihat momen berkenaan. Malah, ada peminat meminta jika ada video reaksi suaminya PU Riz ketika mendapat perkhabaran gembira itu.

Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah bebas, PU Roz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:https://www.rotikaya.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.