“Memang ada perancangan, tpi..”- Halim, Sharifah Husna Dedah Detik2 Mula Berkelan

Aktor yang sedang popular dengan drama Jangan Menangis Cinta, Halim Radzi, 26, mengaku merancang mendirikan rumah tangga dengan tunangnya yang juga pelakon, Sharifah Husna selepas dua tahun mengenali hati budi masing-masing.

Halim yang juga bekas peserta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 memberitahu, keluarga mereka masih berbincang mendapatkan tarikh sesuai untuk melangsungkan pernikahan.

“Memang ada perancangan (berkahwin) dan kalau ada rezeki, Insya-Allah. Hendak kata tahun ini, saya kena tengok dahulu kerana keputusan ini terletak kepada kedua-dua keluarga.

“Keluarga kami perlu berbincang sebelum diputuskan tarikh. Sekarang, kami masih memilih tarikh sesuai. Kalau okay, saya akan umumkan… Insya-Allah,” katanya kepada BH Online.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARADZ (@halimradzi)

Berkongsi detik perkenalannya mereka, Halim dan Sharifah Husna digandingkan dalam drama Kasih Tak Terungkap.

“Kami berkawan selepas berlakon bersama. Ketika itu, dia jadi heroin manakala saya bawa watak pembantu. Masa itulah kami mula berkawan.

“Kemudian kami digandingkan memegang teraju utama drama Dia Bidadari Dari Syurga. Dari situ, perkenalan kami jadi lebih dekat. Alhamdulillah, sekarang sudah dua tahun kami berkawan,” katanya.

Mengenai wajahnya yang dikatakan mirip dengan pelakon gandingannya dalam Jangan Menangis Cinta, Remy Ishak, Halim mengaku menerima tempias populariti aktor sasa berkenaan.

“Saya pernah bekerjasama dengan Remy di mana saya jadi adiknya. Sekarang, menerusi Jangan Menangis Cinta, saya jadi abang Remy pula,” katanya.

Halim mengaku selepas membintangi Jangan Menangis Cinta, dia banyak terima ‘direct message’ (DM) daripada peminat wanita di Instagram (IG).

“Ada yang menghantar rakaman video dan bertanya sama ada saya sudah berkahwin atau sebaliknya. Saya jawab terima kasih kerana menonton drama saya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sebab orang terima lakonan saya sebagai Hariz dan beri maklum balas yang baik,” katanya yang memberi perhatian kepada lakonan mantap apabila menerima tawaran itu.

Sementara itu, Halim tidak kisah namanya lambat dikenali kerana percaya setiap anak seni mempunyai perjalanan tersendiri.

Halim mula berlakon seja

Biodata

1. Nama sebenarnya, Sharifah Husna Syed Faizal. Menggunakan nama komersial, Sharifah Husna.

2. Berusia 32 tahun (2022).

3. Berasal dari Subang Jaya, Selangor.

4. Bergiat dalam dunia seni sebagai pelakon.

5. Mula menempa nama selepas diangkat sebagai juara program penca­rian bakat Gadis Panca MyBeauty 2018 musim kedua, menewaskan sembilan peserta di peringkat akhir. Kemenangan itu melayakkannya menerima wang tunai RM10,000 bersama kontrak lakonan tajaan A. Aida Production, selain trofi serta pakej percutian ke Balkan.

6. Antara drama dibintanginya seperti Suri Katriana, Aku Yang Kau Tinggalkan, Kasih Tak Terungkap, Raisha 2 dan Seribu Rindu. Termasuk telefilem Tragedi Balik Kampung, Soulmate Kedua, Imaan dan banyak lagi.

7. Terkini beliau merupakan antara pelakon yang membintangi drama Seadanya Aku arahan Feroz Kader, diterajui Azlee Khairi dan Zara Zya, selain Elvina Mohamad, Redza Rosli, Dayana Roza dan ramai lagi.

Sumber: mykmu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://www.utusan.rimbabara.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.