“Memang Another level laa..” (Video) Neelofa & Haris kira duit raya Bilal, jumlahnya bt rmai tergaman

Sejak usahawan dan selebriti popular, Neelofa dan Haris Ismail dikurniakan cahaya mata pertama mereka, nampaknya tidak henti-henti keluarga bahagia ini menjadi perhatian di media sosial.

Apatah lagi, anak lelaki mereka yang diberi nama Muhammad Bilal apabila sambutan hari Raya pada tahun ini, Neelofa dan Haris atau turut dikenali sebagai PU Riz dapat menyambutnya bersama anak kesayangan mereka yang membesar dengan sangat comel.

Neelofa

Walau bagaimanapun, terbaharu keluarga ini sekali lagi menarik tumpuan ribuan warganet selepas dikongsikan satu rakaman video yang memaparkan Haris Ismail dan Neelofa bersama mengira duit raya yang diberikan kepada Muhammad Bilal.

Pasangan sama cantik, sama padan ini juga bersyukur dengan pemberian duit raya tersebut kepada anak sulung mereka ini yang difahamkan berjumlah RM 14,020.

Perkongsian Neelofa beberapa jam yang lalu di laman akaun miliknya itu bagaimanapun mengejutkan ramai disamping warganet turut berseloroh dengan pelbagai reaksi diruang komen apabila sambutan hari raya pertama Muhammad Bilal sudah berjaya mengumpul ribuan ringgit.

“14k duit raya dia. Rezeki Bilal”

Neelofa

“Kaya kaya sedara bilal bagi sume note 50 100 mantap”

IMG_20220509_120046

“14 ribu duit raya dia, duit raya aku 300 je”

Neelofa

“Boleh masuk Uni terus tak yah bukak SSPN dah”

IMG_20220509_120115

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.