“Memang Cantik Dari Kecil Eh?”- Zahirah Kongsi Video Msa Budak Trus Jadi Perhatian Selebriti

Video zaman kanak-kanak yang dimuat naik pelakon jelita, Zahirah MacWilson di Instagramnya menjadi perhatian ramai di media sosialnya.

Melihat video yang dikongsikan Zahirah, aktres ini kelihatan manis dengan memakai baju kurung bagi menghadiri parti pakaian cantik yang dianjurkan oleh rakannya waktu itu.

Aktres ini mendedahkan ke semua rakan-rakannya memakai kostum puteri dari cerita Disney manakala dirinya pula memakai baju kurung seperti yang disuruh ibunya bak puteri Malaysia.

Foto: IG

“Ianya parti pakaian cantik. Semua kawan saya pakai kostum puteri Disney dan ibu saya suruh saya memakai baju kurung, seperti Puteri Malaysia.”

Melihat video zaman kanak-kanak yang dikongsikan pelakon jelita tersebut, ramai rakan selebriti dan peminat menitip ucapan dan kata-kata pujian di ruangan komen posting Instagram tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

“Muka sama sangat!” ujar Fizo Omar.

“Comelnya,” kata Sherry Alhadad.

“Ira comelnya,” komen Daiyan Trisha.

“Aww sangat comel,” ucap Nadia Brian.

“Mak yang hebat.”

“Aww sangat comel. Sekarang kita tahu mana En. Isaac dapat bentuk muka dia.”

“Patutlah anda cantik, dari kecil dah cantik dan wajah anda tak berubah langsung kekal cantik sentiasa girl.”

“Muka dan gaya sama sampai sekarang,” komen mereka.

Dari kecil lagi memang dah cantik semula jadi Zahirah ni kan? 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Sumber: CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published.