“Memang dpt bnyk tawaran, tpi..”- Fazura Tolak Watak Rebυt Lelaki, Dedah Sesuatu Yg Ramai Tk Tahu!

Selepas mendirikan rumah tangga, sudah lama rasanya tidak melihat Nur Fazura di kaca televisyen. Pasti ramai yang rindu untuk menonton lakonannya.

Memetik laporan Kosmo! Fazura berkata minatnya dalam bidang lakonan masih lagi mene.bal namun dia meletakkan syarat untuk setiap watak yang dibawanya selepas ini.

“Sejujurnya memang rindu nak berlakon tetapi setakat ini tawaran yang saya dapat tiada lagi yang berjaya menambat hati ditambah pula sangat seronok berniaga ketika ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Kebanyakan drama berki.sarkan cinta tiga segi atau ada ade.gan berebut lelaki yang bagi saya, tiada manfaat,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura mendedahkan banyak menerima tawaran berlakon namun terpak.sa menolak apabila sering ditawarkan watak yang sama sahaja.

“Memang dapat banyak tawaran berlakon tetapi saya tak nak lagi membawa watak yang berkonsepkan cinta bersegi atau melakonkan adegan merebut lelaki. Kita sebagai wanita tak perlu buat perkara sedemikian.

“Tetapi saya sedar dan tahu ramai penonton kita yang suka jalan cerita sebegitu sebab sangat ringan. Cuma secara peribadi, saya dah kerap memegang watak sedemikian. Jadi saya tak mahu membawa watak yang sama,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Sementara itu, Fazura memaklumkan dia akan muncul dalam drama berkonsepkan islamik tidak lama lagi dimana watak diberikan antara yang diidamkannya.

“Insya-Allah, pada tahun ini ada satu tawaran yang berjaya menambat hati saya iaitu sebuah drama yang membawa konsep islamik. Jalan ceritanya memartabatkan hak kaum wanita yang sudah lama saya idamkan selama ini.

“Saya berasa sangat teruja kerana ini adalah hadiah kepada peminat yang telah lama menanti dan rindukan lakonan saya,” katanya.

Sumber: rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.