“Memang Padu Gilεrr,”- Denden ganti Amy, aura Search masih berbisa kejutkan 3,000 penonton Konsert Search Rockin On Rooftop

Kehadiran lebih 3,000 peminat pada Konsert Search Rockin On Rooftop di Kompleks Campbell di sini, malam tadi, membuktikan biarpun tanpa Amy, persembahan band legenda yang menampilkan Denden Gonjalez sebagai vokalis, tetap berbisa.

Nyata, aura Search yang ditubuhkan sejak 1981, utuh biarpun pelbagai ko.ntro.ver.si melan.da hingga band rock legenda itu bagai terbahagi dua.

Kehadiran Denden mengubat rindu peminat terhadap persembahan bertenaga kumpulan rock ikonik itu.

Biarpun konsert bermula agak lewat iaitu pada jam 9.30 malam berikutan hujan, namun, peminat setia menanti dalam kebasahan.

Pada konsert lebih dua jam itu, Search mendendangkan 17 lagu. Tirai konsert dibuka lagu Ben.cana, Metropolitan dan Pasti.

Search terus membuat peminat ter.paku dengan lagu Purnama, Melastik Ke Bintang, Di Pintu Sepi, Bersalah Atau Tidak, Speech, Rock N Roll Pie.

Turut didendangkan adalah lagu Fantasia Bulan Madu, Bencana, Metropolitan,Teguh, Neo Romantik dan Mentari Merah Di Ufuk Timur.

Penampilan Ella yang turut berduet dengan Denden pada konsert Search malam tadi, menggamatkan suasana. Foto Ihsan Penganjur Konsert Konsert Search Rockin On Rooftop
Penampilan Ella yang turut berduet dengan Denden pada konsert Search malam tadi, menggamatkan suasana. Foto Ihsan Penganjur Konsert Konsert Search Rockin On Rooftop

Tambah manis, konsert itu dihangatkan dengan persembahan Ratu Rock, Ella yang menyanyikan lagu Melayar Bahtera dan Bayangan secara duet bersama Denden.

Tidak hanya itu, malam itu turut menyaksikan rakan seperjuangan seperti Datuk M Nasir, Datuk Hattan dan Datuk Ramli Sarip hadir memberi sokongan.

Bertemu Kid usai persembahan, pemain gitar itu risau melihat hujan yang tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti sebelum konsert.

“Kami ris.au sebab hujan seperti tidak akan berhenti. Namun, hujan adalah rezeki buat kami… Alhamdulillah. Tidak sangka sangka kehadiran peminat yang cukup luar biasa.

Dari kiri, Yan, Denden dan Din masing-masing menghangatkan pentas dengan rangkaian lagu malar segar sepanjang konsert lebih dua jam itu, malam tadi. Foto Ihsan Penganjur Konsert Konsert Search Rockin On Rooftop
Dari kiri, Yan, Denden dan Din masing-masing menghangatkan pentas dengan rangkaian lagu malar segar sepanjang konsert lebih dua jam itu, malam tadi. Foto Ihsan Penganjur Konsert Konsert Search Rockin On Rooftop

“Peminat setia menanti walaupun terpa.ksa bermandi hujan,” katanya.

Kid berkata, keha.diran vokalis baharu Search, Denden perlu dipuji meskipun kali pertama beraksi pada konsert berskala besar bersama mereka.

“Kami berpeluang bersama dalam waktu yang agak singkat. Namun, kami gandakan usaha dan latihan. Akhirnya, kami dapat hasil yang baik malam ini (malam tadi).

“Denden beri sepenuh tenaga yang dimiliki demi meneruskan legasi Search,” katanya.

Lebih 3,000 peminat memenuhi ruang pada Konsert Search Rockin On Rooftop di Kompleks Campbell di ibu negara, malam tadi. Foto Ihsan Penganjur Konsert Konsert Search Rockin On Rooftop

Kid turut berterima kasih kepada abangnya, Din yang banyak memberi semangat kepada ahli kumpulan untuk meneruskan perjuangan.

“Pujian harus diberi kepada Din. Kita tahu apa yang berlaku. Din ada tunjang utama malam ini (malam tadi). Terima kasih kepada peminat yang hadir.

“Melihat kepada sokongan malam ini, ia beri Search semangat untuk terus berjuang… Mungkin ada hadiah buat peminat,” katanya.

Selain Kid, Denden dan Din, Konsert Search Rockin On Rooftop turut menampilkan Yan yang bermain bes dan dan Minn (drum).

Sementara itu, Denden gembira dapat menjayakan persembahan itu dengan baik.

“Pada mulanya gementar untuk menyanyi di hadapan peminat Search. Namun, selepas itu, semuanya okay. Maklum balas peminat di Indonesia juga baik.

“Saya lihat banyak komen yang memberi sokongan. Terima kasih untuk semuanya kerana terus menyokong kami. Saya akan ingat malam ini sampai bila-bila,” katanya.

Awal bulan ini, Konsert Endemik Search 2022 dibarisi Amy, Nasir Daud, Hillary Ang dan Man Kidal berlangsung di sebuah premis acara, di sini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Janakpurpress.com

Sumber: KOSMO! ONLINE, https://www.bharian.com.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.