“Memang saya gilɑ glɑmor!,”– Ifa Raziah

MULA berkecimpung dalam dunia seni tanah air sejak 1996, pelakon, pengacara dan usahawan, Ifa Raziah malas terlalu memikirkan kritikan dan tohmahan netizen tentang gaya hidupnya yang disifatkan gila glamor.

Tidak menafi.kan bahawa dirinya sememangnya ‘gi.la’ glamor, pemilik nama lengk.ap, Saripah Raziah Mustapha itu berkata, itu memang lumrah kerana dirinya berstatus seorang anak seni hatta kini mula ligat mengorak langkah sebagai usahawan berjaya.

“Memang saya gi.la gla.mor sejak awal jadi artis lagi. Bila masanya saya tak gi.la glamor? (ketawa).

“Kadang-kadang, orang tak suka kita tapi mereka nak tahu pasal kita. Haters (orang yang ben.ci) kut.uk saya itu ini, men.gata selagi boleh tapi mereka follow (media sosial) saya. Dia tengok saya buat apa,” kata pengasas jenama StarVendors Event Sdn. Bhd. itu kepada Pose, baru-baru ini.

Kecaman

Berbicara lanjut, pelantun lagu Ser…Ser…Ser… itu memaklumkan, biarlah orang mengecam kerana lama-kelamaan, apabila sudah pen.at mereka sendiri akan berhenti berkata-kata.

“Tetapi tidak mengapa. Bagus juga, mereka tengok apa saya buat. Nanti mereka yang sib.uk men.jerit sa.kit hati sendiri.

“Cuma tengoklah apa yang saya dah usahakan, bukan dapat sesuatu kejayaan itu senang-senang begitu sahaja.

“Nampak usaha saya buat kerja. Kadang-kadang saya penat sampai nak tumbang dan pi.tam atas pentas sebab terlalu sibuk bekerja,” ujarnya.

Gelaran Datuk sejak 2016

Dalam pada itu, Ifa, 47, ketika ditanya tentang kesahihan gelaran Datuk yang diterimanya pada 2016 memberitahu, dia sememangnya lebih selesa menggunakan nama pentas kecuali untuk acara-acara rasmi.

“Orang dah cakap tentang perkara ini waktu itu (2016). Cuma saya kata, tak payahlah guna gelaran tersebut kerana saya nak dikenali sebagai Ifa Raziah.

“Saya dapat gelaran tersebut pun atas nama Saripah Raziah binti Mustapha. Rasmi. Kalau letak gelaran ‘Datuk’ dengan nama panjang begitu, siapa nak kenal?

“Jadi, sekarang ini saya hanya gunakan nama pentas iaitu Ifa Rafiah. Sebenarnya dah lama (dapat gelaran Datuk) iaitu 2016 dari negeri Perak,” katanya lagi.

Merendah diri dan tidak mahu terlalu menunjuk dirinya telah dikurniakan gelaran Datuk, Ifa bertegas, pangkat dan darjat bukanlah segala-galanya.

“Tidak mengapa, kita ‘low profile’, tak bawa ke mana pun pangkat. Bagi saya sama sahaja. Lagi susah nak minta tajaan (ketawa).

“Tapi kalau kalian tanya, memang benar dapat gelaran Ahli Setia Diraja,” dedahnya lagi.

Jutawan

Sementara itu, ketika dijen.tik persoalan dengan segala kemajuan perniagaan yang diusahakannya sehingga mencapai untung berlipat-ganda, Ifa ketika disoal sama ada dirinya sudah menge.cap status jutawan berkata: “Banyak sahaja Datuk yang tak jutawan (tertawa).

“Pasal itulah, saya tak nak guna gelaran Datuk sebab saya bukan jutawan.

“Biarlah orang nampak, orang nilai sahaja. Gelaran Datuk bukan jalan mudah nak berjaya. Saya lebih suka dengan nama Ifa Raziah ataupun orang panggil saya Miss Diva Pukpukpukk.

“Bila orang panggil saya Datuk, saya rasa macam tak payahlah. Panggil ‘mak hayam’ lagi seronok atau ‘mader’.

“Sungguhpun begitu, kalau ada memenuhi undangan majlis-majlis rasmi, saya akan gunakan gelaran Datuk tapi dengan nama penuh. Sekarang dan kebanyakan masa, panggil Ifa Raziah sahaja. Itu nama pentas saya,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Janakpurpress.com

Sumber: https://www.kosmo.com.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.