“Mic, masuk pinanglah..”- Kelihatan Mesra, Netizen Nk Tngk Michael Ang & Vida Naik Pelamin

Bagi yang mengikuti perkembangan Datuk Seri Vida dan pengarah serta penerbit Michael Ang, pasti ramai yang sedar tentang hubungan ‘persahabatan’ mereka.

Sekejap panas sekejap sejuk, masing-masing sering dilihat melontarkan pendapat mengenai diri masing-masing di media sosial.

Hakikatnya, baik Vida mahupun Michael, masing-masing sebenarnya mempunyai hubungan lain antara satu dengan lain.

Menerusi ruangan kapsyen pada video yang dimuat naik, Vida menulisn: “Bila BFF datang dari jauh nak gosip semata. Depan-depan lagi rancak,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Justeru, apabila dua figura ini bersua muka dan duduk semeja, situasi tersebut menimbulkan usik-usik nakal dalam kalangan netizen.

“Dorang ni kalau kahwin letup, kompem-kompem takda siapa berani kutuk DSV dah kalau tak nak kena laser dengan Michael.”

“Setuju… semoga berjodohan DSV dengan Mike. Apalagi jangan lama-lama lah. Sama-sama mulut kepoh…meriah.”

“Pasangan yang secocok. Mic masuk pinanglah.”

Dalam pada itu, ada juga netizen yang memuji keperibadian Vida dan melabelkannya sebagai orang yang baik-baik.

“Datuk ni sebenarnya dia baik, cuma bila dia nak berniaga dia ada cara dia sendiri untuk lakukan barang dia. Dia jadi over excited time jual barang dia. Itu kadang nampak macam over padahal kalau tidak menjual dia biasa je pada saya lah walaupun saya tidak mengenali beliau secara dekat.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://gempak.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.