Mimi Fly kesal kekasih Afrika digelar ‘Negro’, bimbang keluarga teman lelaki kurang senang

PENYANYI Mimi Fly meluahkan rasa kurang senang apabila ada pihak yang menggelarkan kekasihnya sebagai ‘Negro’ hanya kerana lelaki itu berasal dari Afrika.

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 36, panggilan ‘Negro’ itu dianggap sebagai tidak menghormati kaum African-American, dan boleh mencetuskan perg4duhan.

“Buka matamu dan belajar memahami, sekarang sudah 2022. Perkataan Negro itu jika digunakan di Amerika Syarikat dianggap sebagai tidak menghormati.

“Perkataan itu dicipta oleh kaum kulit putih pada zaman African-American dijadikan h4mba.

“Kalau digunakan sekarang ini hanya untuk cari g4duh dengan niat nak buat African-American rasa kerdil dan lemah,” ujar Mimi.

Terdahulu, Mimi meluahkan rasa kes4l apabila kekasihnya digelar ‘Negro’ pada sebuah tajuk berita tempatan.

Kalau digunakan sekarang ini hanya untuk cari g4duh dengan niat nak buat African-American rasa k3rdil dan lem4h

MIMI FLY

PENYANYI

Mimi berkata, panggilan tersebut boleh membuatkan teman lelaki dan ahli keluarga yang lain berasa kurang senang dan memberi persepsi buruk terhadap rakyat Malaysia.

“Keluarga dan rakan-rakan dia menerima saya dengan baik dan saya harap dapat melakukan perkara yang sama.

“Saya bersyukur mereka melayan saya dengan baik ketika berjumpa di sana.

“Saya juga berharap mereka disambut baik jika dapat datang ke Malaysia suatu hari nanti supaya mereka tahu kebaikan orang kita dan tidak dianggap bi4dab,” jelasnya.

mimi fly 2

Mimi harap dapat beri layanan terbaik jika keluarga kekasihnya datang Malaysia.

Mimi sebelum ini mended4hkan sedang bercinta dengan seorang lelaki berkulit hitam yang bertugas sebagai seorang doktor pakar tulang belakang di Amerika Syarikat.

Mereka mula berkenalan sejak tiga tahun lalu ketika sama-sama sedang bercuti.

Untuk rekod, bek4s anggota kumpulan One Nation Emcee ini ini mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015, namun berc3rai dua tahun kemudian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.