” Moga jadi asbab untuk istiqomah ” – Sama-sama Sertai Majlis Ilmu, Keakraban Erra Fazira dan Lisa Surihani Raih Pujian

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon dan penyayi Erra Fazira? Wajahnya yang cantik dan jelita sering dipaparkan di kaca television membuatkan dirinya pasti mempunyai peminat yang tersendiri.

Umum diketahui ramai bahawa Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu bersama Engku Emran iaitu Engku Aleesya.

Namun baru-baru ini, Erra Fazira sekali lagi telah berjaya menarik perhatian ramai dengan memuat naik satu perkongsian terbaru di laman akaun Instagram miliknya.

Video tersebut juga memaparkan Erra Fazira menzahirkan rasa kesyukuran setinggi-tingginya  kepada Allah kerana dapat berkumpul dan bersama rakan artis dalam sebuah majlis ilmu anjuran pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar.

Video tersebut juga memaparkan keakraban Erra dan Lisa Surihani, serta beberapa orang selebriti yang lain.

Erra dan Lisa juga mendapat pujian netizen apabila kedua-duanya kelihatan tidak kekok dan mesra antara satu sama lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 332k tontonan, 24.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji keakraban Erra Fazira dan Lisa Surihani.

Komen netizen:

  

Sumber: Insragram errafazira

Leave a Reply

Your email address will not be published.