Mula Bertudung, Nelydia Senrose Akui Bimbang Hati Berbolak Balik

Sejak bulan lalu perkongsian pelakon Nelydia Senrose menjadi perhatian apabila dilihat tampil berhijab, Tidak mengumumkan mengenai perkara itu, Neldyia  berkata dia tidak mahu imejnya menjadi perhatian ramai.

Mula bertudung sebaik sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah pada Disember lalu, Nelydia berkata dia dalam proses belajar dan istiqamah.

“Saya sebenarnya tak berani nak ulas sangat perkara ini kerana saya sebenarnya masih dalam proses pembelajaran. Saya nak jalani proses penghijrahan ini perlahan-lahan tapi pasti. Memang saya nak ke arah itu. Saya cuma tak berani cakap lebih.

“Saya masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan agama Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Nelydia berkata dia mahu menjadi muslimah lebih baik namun mengakui bimbang jika hatinya berbolak balik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose


“Saya akui bimbang sekiranya hati berbolak-balik. Apapun saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.

“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila-bila masa boleh tersasar.

“Hari ini okey, esok, jadi lain. Namun, saya tidak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah. Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat,” katanya.

Tambah Nelydia lagi, keputusannya untuk bertudung tidak menjejaskan kerjaya seninya, malah dia sudah mendapat beberapa tawaran berlakon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://www.rotikaya.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.