Muncul Wanita Persis Arwah Siti Sarah, Sekali Komen Shuib Tarik Perhatian Ramai

Kuala Lumpur – Seorang gadis menc.uri tumpuan ramai apabila video dia menyanyikan lagu popular Allahy4rham Siti Sarah Raissuddin berjudul Kesetiaan menjadi tular.

Rakaman di sebuah majlis perkahwinan itu tular kerana wajahnya dikatakan mirip dengan penyanyi berkenaan.

Namun apa yang tidak sedap didengar apabila terdapat komen segelintir netizen yang membandingkan suaranya dengan a.rwah Siti Sarah.

“Muka ada iras tapi suara tak. Wow sekali pandang memang sama. Dua kali pandang masih sama. Tapi terperanjat sebab suara lain,” demikian antara komen netizen.

Wajah Saya Tak Seiras Pun

Gadis berkenaan, Nurul Amera Sulaiman mengakui dia amat terkejut apabila wajahnya dikatakan iras dengan a.rwah Siti Sarah.

Jelasnya, video yang tular dirakamkan ketika dia menyanyikan beberapa lagu di majlis perkahwinan seorang rakannya di Puchong, Selangor pada akhir Mac lalu.

“Saya merupakan salah seorang pengiring pengantin, jadi pada hari tu saya berada sehingga selesai majlis. Masa tu nak dekat pukul 4 petang dan ramai tetamu dah balik.

“Jadi, saya luangkan masa untuk menyanyikan beberapa lagu termasuk Kesetiaan yang dipopularkan oleh a.rwah Siti Sarah,” kata gadis berusia 21 tahun itu.

Amera yang lebih mesra disapa Meyy bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa wajahnya tidak seiras dengan Allahy4rham Siti Sarah seperti yang diperkatakan netizen.

“Rakaman tu daripada sudut sisi saya menyanyi. Masa tu saya pakai bulu mata p4lsu, termasuk memakai tudung gaya seperti a.rwah.

“Jadi, sekali pandang mungkin saya nampak macam a.rwah. Sebenarnya tak seiras dan ini pertama kali saya disamakan dengan a.rwah,” ujarnya yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor.

Menurut pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Raudhah College di Cyberjaya itu lagi, walaupun tidak seiras tetapi persamaan yang diperkatakan itu dianggap sebagai penghargaan.

“Memang tak sama, tapi apabila pandangan orang luar menyamakan dengan a.rwah sudah tentu saya terharu. A.rwah Siti Sarah merupakan seorang penyanyi yang begitu disegani.

“Mengikuti perkembangan Siti Sarah semasa hayatnya, saya suka dengan keperibadian a.rwah yang merendah diri,” katanya yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai guru di sebuah tadika.

Menjadikan karya Allahyarham Siti Sarah seperti Kesetiaan dan Semakin sebagai lagu wajib dinyanyikan ketika berkaraoke, Amera akur personalitinya yang ceria merupakan satu-satunya persamaan dengan penyanyi itu.

Dalam pada itu, Amera menyedari beberapa komen membandingkan suaranya dengan Allahyarham Siti Sarah, namun dia tidak berkecil hati.

“Sudah tentu tak sama, orang lain menyanyi mesti ada perbezaan. Janganlah bandingkan suara sayan macam Siti Sarah yang hebat dan mempunyai aura tersendiri.

“Saya menyanyi sebagai Amera, bukan dibuat-buat untuk menyanyi seperti a.rwah Siti Sarah. Biarlah saya menyanyi apa saja lagu dengan cara tersendiri.

“Cuma satu yang saya mahu seperti a.rwah Siti Sarah, iaitu persembahannya yang begitu berkeyakinan dan memukau,” katanya.

Reaksi Dari Shuib

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.