“Nak Ada Surau,” – Ubah Suai Banglo Harga RM5 Juta, Muliakan Org Tua Antara Tip Kak KM Murah Rezeki

Pencapaian usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM menjadi bualan ramai apabila dia tampil berkongsi momen indah berjaya miliki kediaman berharga lebih RM5 juta di Instagram, baru-baru ini.

Bagaimanapun, perkongsian berkenaan menerima reaksi pelbagai warganet meski ada yang tumpang gembira melihat rezeki yang diraih anak pelakon senior, Normah Damanhuri itu.

Mengulas lanjut, Kak KM bersyukur kerana ia antara hasil titik peluh perniagaan produk yang diusahakan.

“Sebenarnya tanah rumah ini sangat besar, 10,000 kaki persegi. Sebab jika beli rumah baru mungkin susah nak dapat (yang besar) macam tu. Ia rumah lama. Boleh je kalau nak duduk balik, tinggal lagi kalau boleh saya mahu ia semua baru.

“Jadi kita nak run.tuhkan, ‘naik’ balik yang baru. Lokasinya di Ampang. Sebenarnya harga lebih (RM5 Juta), nanti dikatakan berl.agak pula. Baru cakap RM5 Juta orang dah ma.rah sangat, kata kita nak menunjuk-nunjuk.

“Padahal kita bukan nak menunjuk, kalau tak boleh tengok tutuplah Instagram tu, betul tak?,” katanya ketika ditemui di Sidang Media Minggu Usahawan Negara 2022, Festival Fesyen & Kecantikan.

Turut dilancarkan pada majlis sama ialah Starvendors Kedah Raya Fest 2022 di Malaysia Grand Bazaar @ Lalaport, Bukit Bintang City Center pada Rabu.

Ditanya mengenai proses pengubahusaian bagi membangunkan kediaman yang serba baru, Kak KM menjelaskan ia mungkin mengambil masa sekitar setahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

“Kita bagi masa dalam setahun sebab nak run.tuhkan semua nak naikkan balik. Sebab kita ambil keputusan untuk ubah suai kerana anak bertambah, kalau boleh biarlah bilik seorang satu. Untuk mak dan mertua, untuk bilik sendiri juga.

“Malah kalau boleh nak adakan surau. Nak lebihkan benda itu, nak ada surau,” katanya yang turut mendedahkan memiliki kediaman berkenaan sebagai impian yang tercapai.

Sementara itu, Kak KM akui ikhtiar mahu memberikan yang terbaik sebagai anak, ibu dan isteri. Itu antara rahsia kejayaannya hingga kini.

“Pertama sekali, memang kena buat baik dengan mak bapak. Macam mana marah pun, kita tak boleh cakap fasal mereka, tak boleh nak marah-marah mereka. Mak cuma satu. Kalau nak berkatlah.

“Selain itu kita kena jaga bahagian, tanggungjawab kita. Kita dengan anak-anak, suami dan adik-beradik. Kena jaga benda tu dulu. Bagi saya itulah asasnya.

“Kemudian barulah sibuk.kan untuk benda lain. Mak dengan mak mertua itu memang nombor satu,” katanya lagi.

Rumah banglo berkenaan merupakan kediaman ketu.juh yang dimilikinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Janakpurpress.com

Sumber: https://www.mediahiburan.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.