“Nak Hidup Senang” Lebih 10 Tahun Menj4nda, Sekali Ramlah Ram Cerita Hal Jodoh, Ini Pilihan Hatinya

Ramlah Ram selesa menjalani rutin kehidupan tanpa kehadiran lelaki dalam hidupnya dan tidak bercadang mencari peneman hidup ketika ini.

Namun, selepas lebih sedekad berstatus janda, Ramlah tidak menolak sekiranya dipertemukan jodoh pada masa depan dan menyerahkannya kepada Allah SWT.

Foto: IG

“Sekiranya ditakdirkan untuk bertemu dengan teman hidup, saya tidak akan menolak jodoh. Itu apa yang boleh saya katakan ketika ini kerana semuanya kerja Tuhan.

“Namun, buat masa ini perkara itu bukanlah sesuatu yang saya fikirkan. Jadi, nak kata saya tolak jodoh itu tidak. Tapi nak fikir mengenai hal itu sekarang pun tidak. Kalau tanya saya, ketika ini saya sendiri tidak terlalu fikirkan ingin kembali berumah tangga,” katanya ketika ditemui di Showcase Amal Keluarga Malaysia : Artis Legenda 3.0, baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RAMLAH RAM official (@ramlahram383)


Mungkin bagi sesetengah orang, hidup berkeluarga dan berpasangan adalah satu perkara yang perlu. Namun, menurut penyanyi yang popular dengan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu ini, untuk kembali hidup sebagai seorang isteri adalah satu pilihan yang diletakkan kepada Yang Maha Esa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RAMLAH RAM official (@ramlahram383)


“Hati kita akan terbuka kalau jodoh sudah sampai. Dan apa yang saya harapkan adalah Allah SWT mengaturkan segala yang baik-baik untuk saya.

“Mungkin individu itu seseorang yang stabil. Bukan meminta atau apa, cuma hal mengenai keselesaan itu perlu untuk teruskan kehidupan sebagai suami isteri,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RAMLAH RAM official (@ramlahram383)


Ramlah pernah berkahwin dengan Kamal Roslim pada 3 November 2000, namun mengambil keputusan untuk bercer4i pada 20 Mei 2010.

Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Janakpurpress.com

Sumber: https://bartasangbad.site/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sumber: Harian Metro

Sumber :-CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published.