“Nama UiTM H4ngat Diperkatakan” Ini Senarai 9 Artis Terkenal Tanah Air Yang Belajar Kat Sana

Siapa sangka 8 selebriti ini merupakan bekas pelajar UiTM (Universiti Teknologi MARA). UiTM merupakan salah satu institusi pendidikan yang menjadi rebutan pelajar.

Hanya dengan pendidikan dapat mengubah taraf hidup seseirang indivitu. Menyambung pelajaran di menara gading boleh dikatakan idaman setiap pelajar sekolah.

8 selebriti cantik ini merupakan bekas pelajar UiTM dan berjaya meraih ijazah sarjana muda dalam bidang masing-masing. Kesemua mereka berjaya membuktikan pendidikan sangat penting walau apa juga bidang kerjaya yang diceburi.

8 Selebriti Ini Merupakan Bekas Pelajar UiTM

1. Datuk Dira Abu Zahar

Datuk Dira Abu Zahar merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan kini sedang menyambung pengajian ijazah sarjana dalam bidang dasar awam (Master of Public Policy) di Universiti Malaya (UM). Datuk Dira Abu Zahar juga turut melakar sejarah tersendiri apabila menjadi selebriti pertama bergelar Wakil Rakyat selepas menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N25- Rim.

2. Mira Filzah

Mira Filzah merupakan lulusan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam Jurusan Perniagaan Antarabangsa. Mula serius dalam dunia lakonan selepas tamat pengajian dengan mendapat tawaran berlakon drama Eksperimen Cinta sebagai pelakon pembantu bersama Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad.

3. Yuna

Yunalis Dato’ Mat Zara’ai ataupun Yuna bukan suatu nama yang asing bagi pengiat dan peminat dunia seni. Yuna merupakan graduan Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kini bergelar penyanyi bertaraf antarabangsa, pemuzik, komposer dan penulis lirik yang berjaya melebarkan sayap sehingga ke Amerika Syarikat.

4. Hanis Zalikha

Hanis Zalikha merupakan lulusan diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Segamat, Johor. Langkah Hanis Zalikha kini semakin deras melebarkan empayar perniagaannya. Isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini terkenal dengan membawakan sesuatu yang unik, bergaya dan terkini kepada jenamanya.

5. Nur Fathia

Nur Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff pernah menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam jurusan Undang-undang.


6. Nadiya Nissa

Nadiya Nissa mempunyai Ijazah Sarjana Muda Penyiaran dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Berbakat dalam dunia lakonan dan mula terkenal dengan drama Adam & Hawa bersama aktor Datuk Aaron Aziz.

7. Puteri Sarah Liyana

Puteri Sarah Liyana merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel Universiti Teknologi Mara (UiTM). Mempunyai nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, telah berkahwin dengan pengarah Shamsul Yusof dan mempunyai dua orang cahaya mata yang comel, Syaikhul Islam Mohd Shamsul dan Sumayyah Mohd Shamsul. Kembali aktif dalam dunia lakonan dan juga merupakan Pengasas Shara Cosmetics & Skincare.

8. Nur Risteena

Nur Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas merupakan lepasan ijazah dalam jurusan Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

9. Yana Samsudin

Yana Samsudin merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Layar di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kini bergelar pelakon, pengarah, penulis skrip, penyanyi dan model.

Sumber : nona

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:https://bartasangbad.site/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.