“Nasib Baik Dah Kahwin,” – Netizen Teruja Lihat Babak Mesra Fasha Sandha Dan Aidil Aziz

Seperti yang kita ketahui, pasangan selebriti iaitu Fasha Sandha dan Aidil Aziz sering menjadi perhatian ramai peminat. Sejak berumahtangga pasangan jarang sekali terpalit kontroversi. Hal ini menyebabkan ramai peminat yang suka melihat gelagat Fasha Sandha dan suaminya di akaun media sosial mereka.

Baru-baru ini, tular video yang dimuatnaik oleh Aidil Aziz di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu, kelihatan pasangan itu berada di set penggambaran. Rupanya Aidil Aziz dapat berlakon bersama Fasha Sandha dalam drama Rampas Cintaku yang akan disiarkan di IQIYI Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aidil Aziz. (@itsaidilaziz)

Video itu memaparkan babak mesra pasangan selebriti ini. Walau bagaimanapun, ramai yang suka melihat pasangan ini berlakon dan tidak menjadi isu untuk melakonkan babak mesra itu sekiranya sudah berkahwin.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mengusik pasangan ini. Nasib baik berlakon dengan suami sendiri, kalau tidak mesti sudah lama dikecam oleh warganet.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Janakpurpress.com

Sumber: https://bm.cari.com.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.