Neelofa rancang pindah ke Mesir, ikut suami sambung belajar… Mahu besarkan Bilal di tanah Arab

PENGACARA dan usahawan Neelofa meluahkan hasrat untuk berhijrah ke tanah Arab mengikut suaminya Haris Ismail yang mahu menyambung pelajaran di sana.

Selain mendedahkan anaknya dengan persekitaran di sana, Neelofa, 33, juga mahu belajar bahasa Arab dengan lebih mendalam.

“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar di sana.“Dalam masa sama kami mahu ded4hkan anak kepada persekitaran di sana dan saya boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab,” katanya.

Ibu kepada Muhammad Bilal ini meluahkan hasrat tersebut ketika menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara Nona di TV3 pada Ahad.

Neelofa yang juga merupakan bek4s pengacara rancangan tersebut dijemput menjadi tetamu sempena sambutan ulang tahun ke-38 stesen berkenaan.

Dalam rancangan tersebut, Neelofa turut memberi gambaran wajah anaknya yang selama ini tidak pernah didedahkan kepada peminat.

“Awalnya macam muka ayah dia, kemudian tiba-tiba macam muka saya pula,” ujarnya.

Sementara itu, Neelofa juga turut meluahkan hajat untuk mendalami al Quran dan berharap ia boleh menjadi kebaikan buatnya sebagai bekalan saham akhir4t.

Neelofa bersama pengacara Amyra Rosli ketika menjadi tetamu program Nona.

“Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami al Quran. Walaupun suara saya tak sesedap mana ketika membaca al-Quran, tetapi saya sudah lama ingin mempelajarinya.

“Kalau boleh mahu turunkan ilmu itu supaya dapat dijadikan saham akhirat kelak,” jelasnya.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan mereka menyambut kelahiran anak pertama pada 31 Januari lalu.

Smber: mStar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:https://burmeseasia.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.