Nelydia Senrose tanggal tudung ketika bercuti

HAMPIR enam bulan bertudung selepas pulang mengerjakan ibadah umrah Disember lalu, pelakon Nelydia Senrose mengejutkan ramai apabila dilihat sudah tidak berhijab.

Menerusi beberapa perkongsian di IG Story, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen yang kini bercuti di Bali, Indonesia dilihat sedang bersantai bersama beberapa orang ahli keluarganya tanpa memakai tudung.

Imej bertudung sebelum ini mendapat pujian ramai di mana dia turut memuat gambar ketika kembara percutian di Timur Tengah beberapa bulan lalu.

Dalam temubual sebelum ini bersama mStar Nelydia berkata, dia tidak terlalu terburu-buru mengesahkan sudah memakai tudung sepenuhnya.

nelydia 2

Imej bertudung Nelydia mendapat pujian ramai.

“Penghijrahan ini saya mahu jalani selangkah demi selangkah. Saya memang ke arah itu, cuma tak berani nak cakap lebih. Saya tak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus ke Z.

“Budak belajar berenang pun tak dicampak terus ke tempat yang dalam bimbang lemas. Sama juga dengan saya yang masih bertatih. Dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan mendalami agama Islam,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:https://www.mstar.com.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.