Nelydia Senrose Makin Cantik, Kongsi Gambar Berhijab Lepas Tunai Umrah

Wajah jelita selebriti kesayangan ramai ini sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Selaras dengan peningkatan usia, Aktres Nelydia Senrose makin cantik dan lebih manis.

Lebih-lebih lagi apabila sejak akhir-akhir ini kerap berkongsi foto tampil menggayakan hijab di media sosial milik peribadinya.

Nelydia Senrose kongsi foto berhijab.
Foto: Instagram @nelydiasenrose

Walaupun tiada pengesahan rasmi daripada tuan empunya diri sama ada benar-benar berhijab atau tidak, namun ramai yang mendoakan agar adik kepada pelakon terkenal Uqasha Senrose ini istiqamah berhijab.

Pada penghujung bulan December lalu wanita yang memiliki nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen ini telah berkongsi tentang ibadah umrah yang dilakukannya.

Nelydia Senrose kongsi foto di Masjib An-Nabawi.
Foto: Instagram @nelydiasenrose

Alhamdulillah dengan izinNya, Nely sudah 4 hari di Madinah Al Munawarrah. InsyaAllah esok kami akan berangkat ke Mekah Al Mukarramah. Doakan perjalanan dan urusan kami dipermudahkan.

Petang ini kami akan cuba untuk memasuki Rawdah bersama jemaah yang lain dan ada yang di antara kami masih belum rezeki lagi untuk ke taman syurga Allah.

Dengan itu saya dengan rendah diri mohon doa dari kalian untuk rezeki kami dijemput ke sana dan insyallah kami juga akan selitkan doa kalian dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

(Kirimkan doa kalian, insyallah saya akan cuba untuk bacakan doa semua). Ampunkan salah silap kami andai ada kata dan perbuatan kami yang mengguris hati harap diampun,” tulis Nelydia sambil berkongsi gambarnya di Masjid Nabawi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose


Selepas perkongsian tentang ibadah umrahnya di laman Instagramnya, Nelydia Senrose kerap berkongsi fotonya yang berhijab. Kita doakan yang baik-baik sahaja. Makin cantik kan, Nelydia Senrose berhijab?

Cantiknya Nelydia Senrose berhijab.
Foto: Instagram @nelydiasenrose
Foto: Instagram @nelydiasenrose

Nelydia yang kini berusia 27 tahun telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April 2019. Nampaknya tak lama lagi pasangan sama cantik sama padan ini bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga.

Selain aktif dalam dunia seni, pelakon drama rantaian Lelakimu Yang Dulu dan Encik Suami Mat Salih Celup ini telah berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan membuka sebuah kedai emas yang diberi nama Nelydia Jewels.

Foto: Instagram @nelydiasenrose

Cantik-cantik rekaan barangan kemas milik pelakon yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini yang terdapat di kedai yang berlokasi di Plaza Damas 3, Taman Sri Hartamas ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://www.nona.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.