Netizen asyik ‘seru’, sekali MamatGotNoChill betul-betul tegur video Tokti!

MamatGotNoChill atau nama sebenarnya, Firdaus Nahar sememangnya dikenali ramai kerana sering membetulkan video TikTok yang dihasilkan orang lain.

Nadia Brian antara mereka yang sering menjadi m4ngsa teguran Mamat dan akhirnya usikan itu membuatkan ramai pengikut Nadia menyarankannya untuk berbuka puasa bersama Mamat.

Terbaru menerusi laman Tiktok, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza membuatkan ramai ‘terkesima’ apabila melakukan tarian TikTok yang boleh dikatakan sebagai ‘next level’.

Menerusi posting terbaru di akaun rasminya itu, Siti dilihat melakukan tarian ‘Shakabom’ bersama peminat-peminatnya yang hadir pada majlis PortluckN Sitizone 2022, semalam.

Namun di ruangan komen, para netizen seolah-olah ‘mencabar’ MamatGotNoChill untuk memberi teguran terhadap video Datuk Seri Siti Nurhaliza.

‘Seruan’ tersebut seolah-olah berjaya, apabila MamatGotNoChill memuat naik satu video yang memaparkan dirinya membuat teguran terhadap video Datuk Siti Nurhaliza.

Video:

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen, dimana rata-rata terhibur dengan gelagat MamatGotNoChill.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.2 juta tontonan, 96.2k tanda suka.

Sekadar info, Mamat atau nama akaunnya @mamatgotnochill mula terkenal di platform Tiktok apabila dia sering menegur kesalahan pengguna lain.

Malah, kisah Mamat menegur Nadia Brian juga tular di platform berkenaan.

Komen netizen:

 

Sumber: Tiktok MamatGotNoChill

Leave a Reply

Your email address will not be published.