Netizen Harap Hubungan Sarah & Syamsul Kembali Pulih ,Datuk Yusof Haslam & Isteri Layan Cucu Dengan Baik.

Isu rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan suami, Syamsul Yusof sedang hangat dibual netizen di media sosial. Hujung minggu lalu, Puteri Sarah telah mend3dahkan bahawa rumah tangganya sering dig4nggu oleh Ira Kazar yang dikatakan mempunyai hubungan dengan suaminya.

Biarpun rumah tangga dil4nda badai, perkongsian Puteri Sarah di aplikasi TikTok telah menarik perhatian warganet apabila sebuah rakaman video yang dimuat naik itu memaparkan hubungan baik mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan isteri dengan cucu-cucu.

Hidup ini penuh dengan keberkatan, tapi kita selalu ambil mudah. Kita selalu fikirkan perkara yang kita tidak miliki. Hargailah apa yang kita ada sekarang dan bersyukurlah.

Ramai yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pelakon tersebut dan berharap hubungannya dengan suami dapat dipulihkan.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen memuji sikap yang ditunjukkan Datuk Yusof Haslam dan isteri yang masih melayan menantu serta cucu dengan baik walaupun rumah tangga anaknya sedang dilanda badai.

Sumber: puterisarahliyana,OH BULAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.