Netizen smakan Lvel ‘Drma Air Mta’ Kak Long Dngan Wan Maimunah?, – “Rasanya Dah Boleh Pencen Kot”

K3coh di media sosial sejak semalam apabila Wan Noor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long 7E tampil membuat permohonan maaf menerusi sebuah video.

Tindakan itu dibuat selepas akaun media sosialnya dinyahaktif selain turut diboikot sesetengah pihak.

Jelas Kak Long, jika tidak mempunyai anak kecil untuk ditanggung, dia pernah terfikir untuk t3rjun daripada bangunan tinggi.

Susulan itu, Kak Long dilihat begitu sebak hingga mengalirkan air menerusi video berkenaan.

Biarpun ada yang bersimpati dengan nasib menimpa Kak Long, namun rata-rata netizen seakan ‘lali’ dengan gaya permohonan maaf berkenaan.

Malah, ada juga menyamakan level ‘kes3dihan’ Kak Long dengan babak lakonan pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz.

“Wan juga namanya, tapi bukan Wan Maimunah la”.

“Rasanya Wan Maimunah boleh pencen kot jadi drama air mata”.

“Selalu sangat sekarang lepas buat salah minta maaf, persoalannya berapa kali nak mintak maaf menangis,” tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, dalam sesi siaran langsung itu seorang jejaka dan wanita yang turut menjelaskan situasi sebenar Kak Long ketika ini.

VIDEO:

“Ini orang Islam dan saya bukan sesiapa. Takkan korang nak dia terjun bangunan baru puas hati?

“Ini bvli siber, tolong berhenti. Saya kasihan dia tak boleh nak cari makan, tak boleh berniaga, tak boleh buat reviu.

“Dia pergi pasar malam orang marah-marah tak bagi berniaga. Empat hari ni dia sampai dah kering air mata, setiap kali cerita dia menangis.

“Kak Long sampai depresi, sampai makan ubat. Kita dah cakap, Kak Long ni bagus. Stop jadi batu api. Saya minta semua berhenti,” rayunya.

Rata-rata warganet langsung tidak kisah kerana skrip yang digunapakai itu pernah diucapkan sebelum ini sehingga orang lain sudah malas mahu bertolak ansur dengan kerenahnya.

Sumber:GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published.