“Orang Tak Peduli Kita Kaya Atau Tak,” – Fazura Tak Suka Bincang Topik Status Jutawan

Status jutawan tidak bermain di fikiran pelakon dan usahawan Fazura, sebaliknya usaha menyebarkan kebaikan dan manfaat kepada orang ramai lebih diutamakannya.

Berkata kepada Harian Metro, isteri kepada Fattah Amin itu tidak pernah memikirkan sama ada dirinya sudah mencapai tahap jutawan dengan kejayaan perniagaannya.

Kredit foto: IG

“Saya tidak pernah memikirkan semua itu. Status sebagai jutawan itu bukanlah topik yang selalu atau suka saya bincangkan. 

“Jutawan atau tidak itu hanya orang kata menjadi persoalan kedua. Apa yang pen.ting saya meneruskan untuk memberi manfaat kepada orang ramai.

“Bak kata emak saya, orang bukan pe.du.li sama ada kita kaya atau tidak, jutawan atau banyak duit, yang pen.ting adalah untuk terus memberi manfaat dan membuat kebaikan.

“Saya juga bersyukur kerana perniagaan yang diusahakan ini turut membuka peluang pekerjaan kepada kaum wanita yang sumber pendapatan suami atau keluarga te.rj.eja.s aki.bat pan.de.mik bagi mem.ban.te.ras C.o….v.i.d-19,” katanya.

Kredit foto: IG

Fazura ketika dite.mui di majlis pelancaran aplikasi gaya hidup Islamik, Mukmin Pro di sebuah hotel di ibu kota, baru-baru ini berkata, ciri khas aplikasi berkenaan boleh dimuat naik secara percuma.

Katanya, Muslim Pro turut mengan.dungi pelbagai video Islamik seperti YouTube dan TikTok yang bersesuaian untuk semua peringkat umur selain didatangkan dengan rangkaian audio bacaan zikir, doa harian, surah al-Quran, waktu solat dan navigasi masjid.

Sumber: CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published.