“Pada Akhirnya Anda Akan Hidup Bersama Karakternya, Bukan Kecantikannya,” – Bella Astillah

Hampir enam mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakon Bella Astillah ada memberikan sedikit tips dan pesanan dalam mencari pasangan hidup buat pengikut di laman Instagramnya.

Menurut Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, kriteria utama yang perlu dilihat dalam mencari pasangan hidup yang ideal adalah menerusi karakter serta personaliti seseorang itu.


“Anda mungkin jatuh cinta dengan seseorang kerana kecantikannya. Tapi ingatlah, kerana pada akhirnya anda akan hidup bersama karakternya (perangai) bukan kecantikannya,” tulis Bella.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan Bella.

“Cantik ayat-ayatnya.

“Sangat tepat!

“Aura positif.

“So cantik, love, love, love,” komen beberapa netizen.


Sekadar informasi, pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali dilapor berlaku curang.

Namun berkat kesabaran dan jodoh yang panjang, pasangan ini kembali rujuk dan kini sedang meniti hari-hari bahagia di samping kehadiran sepasang cahaya mata, Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2, yang menyerikan lagi perkahwinan mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://www.mediahiburan.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.