“Pakaian Longgar Tak Halang,” – [VIDEO] Workout Di Gimnasium Pakai Dress, Aina Abdul Cetus Inspirasi Buat Netizen

Penyanyi berbakat besar Aina Abdul mencvri perhatian ramai apabila melakukan aktiviti mengangkat berat di gimnasium sambil memakai dress labuh.

Menerusi laman sosial Instagram, Aina berkongsi sebuah video momen sewaktu sesi workout tersebut untuk tatapan umum.

“Quick gym session after work. Session hari ni terserempak dengan Syamel,” tulis Aina di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi kurang 20 saat itu menunjukkan Aina gigih menjaga staminanya bersempana konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang akan diadakan di Istana Budaya pada 25 dan 26 June kelak.

Mengenakan dress labuh kembang dengan tudung hitam, Aina kelihatan cukup fokus bagi menghabiskan gerakan senamamanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Antara beberapa peralatan senaman di gimnasium yang digunakan adalah seperti besi angkat berat dan dumbell.

Dalam pada itu, ramai peminat terhibur melihat Aina memakai dress labuh ketika melakukan aktiviti di gym sambil menutup aurat.

Tidak kurang juga ada yang menunjukkan tanda hormat dan kagum mereka buat pelantun lagu Svmpah itu.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 60,000 tontonan daripada wargamaya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.