“Peringatan Untuk Semua Orang , Malaysia Pun Sama” – Ruhainies

Nampaknya, Ruhainies turut terpanggil mengulas insiden Will Smith menampar Chris Rock.

Kredit foto: IG Ruhainies

Kata pelakon cantik itu menerusi InstaStorynya baru-baru ini, Rock selayaknya mendapat balasan sebegitu kerana kecelo.pa.ran mulutnya suka hati men.gata fizikal orang lain.

“Dia layak mendapatnya, sebab itulah adab sangat penting. Hendak tanya soalan pada orang lain pun kena fikir banyak kali. Bergurau juga perlu fikir sensitiviti.

“Jangan main cakap tanpa fikir perasaan orang. Mentang-mentang mikrofon di tangan, tidak bermaksud boleh bercakap sesuka hati. Peringatan untuk semua orang, tidak kisahlah dari mana, Malaysia pun sama,” katanya.

Bila baca semula, seperti ada satu amaran dalam komen Ruhainies. Comel betul.

Kredit foto: IG Ruhainies

Memang benar tin.dakan Chris men.gej.ek Jada Pin.kett itu salah tetapi jika difikirkan semula, adakah cara Will membalas perkara tersebut tepat iaitu dengan men.ga.sari orang lain?

Banyak sangat perdebatan dalam isu ini, tetapi Smith pun dah minta maaf dan rasa bersalah.

Sumber: Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.