“Pmbelajaran ini spnjng hyat, tidk kira di mna kita brada” – Siti Nurhaliza Puji Semangat Dr Azizan Osman.

Penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa bangga atas kejayaan tunjang utama Richworks International Sdn. Bhd., Datuk Wira Dr Azizan Osman dan Datuk Zafrol Rizal Mat yang lulus peperiksaan akhir Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), baru-baru ini.

Atas sukses yang diraih, bintang terkenal itu akui apa yang dicapai mampu memberikan inspirasi.

“Kejayaan mereka menjadi inspirasi bagi semua yang nak berjaya. Menimba ilmu, tiada had umur dan masa. Selagi ada keinginan dan usaha pasti berjaya.

“Syabas kepada mereka kerana terus berjaya membimbing ramai bumi putera menjadi jutawan walaupun negara dilanda pand3mik COV1D-19,” katanya.

Malah, menantu Siti yang juga usahawan, Tya Arifin pula turut sama tumpang gembira selain menyifatkan keinginan belajar itu tidak pernah dibatasi faktor usia.

“Semua itu tidak mustahil. Kemahuan dan keinginan tinggi ditunjukkan kedua mereka sangat terpuji. Terus menginspirasikan ramai. Semoga kita semua boleh menjadikan kejayaan mereka sebagai dorongan untuk mencipta jaya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaannya, Radz Mohd berkata, dia mewakili pihak pengurusan dan kakitangan sangat berbangga dengan pencapaian Dr Azizan (pengasas) dan Datuk Zafrol (pengasas bersama) syarikat itu.

Kata Radz, seperti diketahui peperiksaan CIMA sangat komprehensif dan seseorang itu perlu meluangkan banyak masa dan usaha bagi menamatkannya dengan sempurna.

“Mereka berdua membuktikan kepada kami bahawa pendidikan ini sebenarnya tak pernah berhenti meskipun sudah bekerja mahupun berniaga. Usia juga bukan halangan atau sekatan untuk menambah ilmu.

“Pembelajaran ini sepanjang hayat, tidak kira di mana kita berada sekarang ilmu sangat penting untuk meningkatkan nilai dan keupayaan diri,” katanya.

Menerusi perkongsian sama, Dr Azizan turut berkongsikan salah satu matlamatnya untuk menjadi seorang Akauntan Bertauliah Malaysian Institute of Accountants (MIA).

“Meskipun banyak masa digunakan membimbing sekitar 300 usahawan jutawan dalam perniagaan dengan nilai jualan RM3.2 bilion, beliau tak pernah berhenti belajar.

“Ketika ini, Dr Azizan juga merupakan calon bagi doktor falsafah (PhD) bidang Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan di Asia e University yang dijangka tamat pada Oktober ini.

“Semoga kejayaan dan kecemerlangan akan terus mengiring kembara perjalanannya,” jelas Radz.

Selain Siti dan Tya, hos Nana Mahazan juga menjadi antara selebriti yang turut berjaya melebarkan empayar perniagaan mereka.

Bagi Nana, Kejayaan untuk belajar menjadi lebih baik itu tidak pernah ada penghujungnya.

“Setiap hari menjadi ruang terbaik untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

“Belajar itu juga tidak pernah dihadkan dengan soal usia. Ia hanya dibatasi dengan alasan semata-mata. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih,” katanya jujur.

Sumber:MH

Leave a Reply

Your email address will not be published.